Tuesday, November 9, 2010

Sharing is Caring...

Perkara-perkara yang membuatkan hilang ingatan dan tumpul minda :
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minum ais batu, air dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh dan selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9 malam
  • Jangan menyapu rumah waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makanan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas makan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan :
  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas
  • Selalu makan kekacang seperti kacang soya, badam dll
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dan memberi keluarga makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet dan pewarna
  • Jangan menggunakan minyak masak lebih 2 kali
  • Jangan mandi selepas jam 9 malam

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

(Surah Al-Ahzab:71)


Wallahua'lam...

***********************************

No comments:

Post a Comment