Wednesday, November 10, 2010

Kita kan saudara...=)

Assalamualaikum...

Melihat pada perkataan 'saudara' tu, apa yang kawan2 fikirkan?? Mesti teringatkan saudara mara kita yang mungkin dah lama kita tak jumpa, saudara yang mungkin masa kecil bermain teng teng dan masak2 sama2...teringat lak ana masa kecik2 dulu, sampai kene kejar ngan arwah opah sebab men api, nak masak la konon...hehe...

Kat sini, ana nak sentuh sikit pasal saudara ni dalam konteks yang lebih luas, iaitu saudara yang takde petalian darah ngan kite. Len mak len ayah la orang slalu cakap..Sesungguhnya, bukankah umat Islam tu semua bersaudara??? *_^

Dalam erti kata lain, kita hendaklah menyayangi dan meghormati sesama umat seperti kita menyayangi dan menghormati saudara kita sendiri hatta diri kita sendiri sebagaimana hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim :

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Sahabat yang sentiasa bersama-sama kita dalam susah dan senang juga adalah saudara kita. Bagi kita yang kini berjauhan dengan keluarga dalam mengejar ilmu dan cita2, sahabatlah insan yang paling dekat dengan kita. Setiap kegembiraan, kesedihan, gelak ketawa dan air mata kita turut dikongsi oleh mereka. Jadi, pilihlah sahabat yang benar2 layak dipanggil sahabat. Pandai2lah kita dalam mencari sahabat yang boleh membawa kita ke jalan Allah dan bukan hanya ada bersama kita saat senang dan gembira. Saidina Umar al-Khattab pernah berkata :

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan."

***********************************

Yang ni saudara seibu sebapa ana. Abang dan adik ana. dorang ni la buah hati ana.slalu jgak begaduh, tapi biasala tak lama mana pun.lepas tu baik balik laa..hehe~


Mereka ni pula adik2 & kakak saudara yang paling akeab dgn ana..dari kecil lagi dah main sama2..love u all!!


Yang ni pula sahabat ana sejak dari darjah 1 lagi. Dah memang macam saudara ana sendiri. Gambar ni masa hari raya aidilfitri tahun ni..Moga ikatan persahabatan ni kekal ke akhir hayat.Sayang korang sangat2!


haa..yang ni pula adik beradik ana di univerct.Housemate ana yang hepi go lucky. 11 org sumenye..mereka ni la tempat ana menumpang kasih sayang, kongsi suka dan duka saat bejauhan dengan ibu & ayah ana.


Sayang sangat3 kat korang!!


Sesungguhnya, ukhwah itu indah. Bila bertemu kerana Allah..Berpisah pasti takkan gelisah.Syukran jaziilan kerana menceriakan persaudaraan antara kita. Ukhwafillah abadan abada...=)





Akhir kalam, pesanan buat diri ana & juga kawan2 sekiranya ada perselisihan faham antara kita dengan suadara kita tak kira adik beradik mahupun sahabat kita, sama2 la kita bermaafan. Jernihkanlah kembali hubungan yang keruh. Bak kata KRU dalam lagu baru mereka nii..jom sama2 kita layan..

Wallahua'lam...=)

**************************************




No comments:

Post a Comment