Friday, November 26, 2010

HaNYa DiA...

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak kutermampu merentasi liku-liku
Tidak kumampu menghadapi semua itu
Sungguh...ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima

Namun...ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya Maha mendengar
Rintihan hamba-hamba-Nya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya...

LuCu BeRiKTibAr...

Assalamualaikum W.B.T...

Kali ini ana nak berkongsi beberapa kisah lucu beriktibar yang perlu kita fikir dan renungkan...Buat iktibar bagi diri ana sendiri serta sahabat2 yang ana sayangi...Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya...apa yang kita nampak hanyalah keburukan orang lain...

*****************************

Lucu ya, duit rm50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid..Tapi begitu kecil bila dibawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih di bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat untuk membaca Al-Quran dalam sehari, tapi majalah hiburan dan novel 100 halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang ramai berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang ketika solat supaya boleh keluar cepat.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelum untuk majlis ilmuwan supaya boleh dimasukkan dalam agenda kita, tapi untuk menonton wayang, annual dinner atau hi tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya, kita begitu percaya apa yang dikatakan dalam email layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan dalam Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai dalam email, tapi untuk mengirim info berkaitan ibadah sering berfikir dua kali.

Lucu ya???

Tepuk dada, tanyalah hati & iman...

************************************

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahawa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah."
( QS 33:47)

Wallahua'lam...


Thursday, November 25, 2010

4 Perkara Tersirat...

Assalamualaikum W.B.T

Mari kita lihat apa yang tersirat disebalik 4...sekadar perkongsian bersama... =)

4 alamat orang cerdik :
  • Berani menempuh bahaya
  • Pandai bermanis muka dengan musuh
  • Pandai melihat kesempatan
  • Dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 alamat orang beriman :
  • Meninggalkan maki
  • Menjauhi menyakiti hati orang
  • Lekas memberi ampun
  • Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal :
  • cinta pada ilmu
  • Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
  • Bagus jawabnya
  • Banyak benarnya
4 alamat orang rendah :
  • Membuka rahsia
  • Pendendam
  • Penggunjing
  • Memburukkan kawan
4 yang menimbulkan cinta :
  • Muka jernih
  • Sudi menolong
  • Sudi menghindarkan selisih
  • Menjauhi munafik
4 soal yang membawa keuntungan hidup :
  • Benar perbicaraannya
  • Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
  • Baik budinya
  • Suka berterima kasih


4 sempurna dengan 4 :
  • Ilmu dengan larangan
  • Agama dengan taqwa
  • Amal dengan niat
  • Kemuliaan dengan kelebihan
4 mesti dijaga :
  • Teguh menjaga kehormatan
  • Redha menerima sedikit
  • Berbuat kebaikan setiap hari
  • Memelihara lidah

4 macam pencarian :
  • Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
  • Pertengahan akal, ialah orang yang hidup dengan berdagang
  • Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
  • Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
Wallahua'lam...

Monday, November 15, 2010

Berani !!

Adakah ini berani??

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani berlumba haram...
Itu bukan berani, tapi mencari maut namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat menengking ibu bapa...
Itu bukan berani, tapi anak derhaka namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani melanggar undang-undang
Itu bukan berani, tapi penjenayah namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak...
Itu bukan berani, tapi dayus namanya...
  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani memakai pakaian mencolok mata...
Itu bukan berani, tapi tidak sopan namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani membiarkan kepincangan berleluasa...
Itu bukan berani, tapi bersubahat namanya...

BERANI yang sebenarnya... :

  • Yang dikatakan berani adalah berani membetulkan yang salah dengan cara yang baik.
  • Yang dikatakan berani adalah berani mengejar cita-cita.
  • Yang dikatakan berani adalah berani mempertahankan kebenaran.
  • Yang dikatakan berani adalah berani melalui cabaran dan dugaan
Berani kerana benar,

Berani kerana niat yang ikhlas,

Dan berani kerana ingin membangunkan ummah...BERANI!!

********************************

Langkah Pertama...

Assalamualaikum...

emm...sedang ana membelek-belek + m'gelodah folder2 gambar yg tersimpan dlm laptop ni, terjumpa lah semula gambar2 ketika melakukan ROS dahulu...ROS??? ape tu ye???
jgn silap lak ye,ni bukan bunga ros @ nama seseorang pula..hehe~

ROS tu maksudnye Rancangan Orientasi Sekolah..selama 2 minggu kami didedahkan dengan suasana sesebuah sekolah itu di samping memahami & mengetahui struktur pentadbiran dan pengurusan pembelajarannya. Pada ana, ini merupakan langkah pertama sebelum kami
menjalani latihan mengajar @ praktikum selama 3 bulan dan seterusnya bergelar sebagai
pendidik.

**************************************

Inilah antara gambar sebagai memori indah ana sewaktu menjalani ROS...^_^

Ni lah sekolah tempat ana menjalani ROS aka Sekolah ana menimba segala ilmu pengetahuan...=)


Antara landskap yang terdapat di sekolah dan pentas utama di dataran kejat

Sewaktu menjalani ROS , ana ditemani sahabat ana iaitu cikgu Aziah yang turut buat di sekolah ini.Rutin kami sepanjang 2 minggu itu, bangun pukul 5.30 pagi dan besiap2 untuk ke sekolah.Mak ana pula tiap2 pagi tu tolong buatkan sarapan kami.terima kasih banyak2 mak!pukul 7 kami pun bertolak dari rumah dan sampai kat sekolah pukul 7.15 pagi. Kami terus ke bilik guru, letak laptop dan turun semula untuk menghadiri perhimpunan pagi.

Keadaan sewaktu perhimpunan pagi. Waktu ni teringat masa diri begelar seorang pelajar dulu. Tapi sekarang,Kami pula duduk di hadapan besama-sama dengan guru2 yang lain..hehe~


Perhimpunan pada hari Rabu : semua pelajar diwajibkan memakai pakaian beruniform pada setiap hari Rabu...

Selepas itu,kami akan merayau-rayau sekitar sekolah untuk mencari maklumat yang perlu dicari untuk laporan kami. Bermula lah sesi temuramah dengan Pengetua, Guru2 penolong kanan, Guru2 disiplin, Dan jugak guru matapelajaran bagi bidang kami (Pengajian Am). Masa ni, Cikgu Sollehuddin menjadi guru pendamping kami. Dengan dia lah tempat kami bertanya macam2 soalan, tempat rujukan kami dalam memperoleh maklumat berkaitan dengan proses pembelajaran subjek pengajian am. Selain dia,ada lagi seorang guru pengajian am iaitu Cikgu Zaidi.Dengan dia jugak banyak info dan pengetahuan yang kami dapat dalam PA kertas 1.

Sewaktu membuat pemerhatian proses pengajaran Pengajian Am 2..Yang bersongkok tu la Cikgu Solehuddin. Agak tidak jelas di situ..huhu~


Situasi di atas : ketika mengikut Cikgu Norhaimi ke makmal komputer. Mereka ni pelajar2 kelas vokasional Grafik Komputer.


Yang ni pula sewaktu melawat Bengkel Pertanian. Subjek kegemaran ana ketika tingkatan 4 & 5 (Sains Pertanian). itu jugalah guru yang telah mengajar ana, Cikgu Taufik..Rindu zaman ini!!


Selain merayau-rayau cari ilmu tu,kami juga diberi peluang untuk mengajar.Cikgu Zaidi la yang minta kami cuba di kelas 6 Rendah 1..Gulp! betul2 tak sedia lagi la cikgu..huhu...akhirnya,kami tak la mengajar tapi diminta masuk ke kelas tersebut dan memberi taklimat @ ceramah la jugak pada diorang ni tentang teknik berkesan belajar P.Am ni.macam2 soalan la yang diorang tanya..Alhamdulillah boleh kami jawab dengan baik.Tapi...diorang ni lebih nak tahu teknik belajar pengajian Perniagaan!adoii, demi tak menghampakan mereka,kami cube juga membantu sampai kene mintak buku teks p.perniagaan sebab kami sendiri lupa topik2 yang ada! haih...

Tak ketinggalan juga,kami diberi tugas untuk relief kelas yang tiada guru (mungkin tengah becuti @ ade urusan penting diluar). Paling tak boleh lupe sewaktu menjaga kelas 3 Gemilang. Kelas ni adalah kelas yang paling bawah.haishh...memang tak telayan rasenye..yang sorang ni,tak habis2 ajak kami berbalas pantun! erk...tekedu juga,ye la kami bukan pakar bahasa..huhu...yang tak boleh duduk diam jangan cakapla..haha...sampai ana kene jadi 'jaga' kat pintu belakang supaya diorang tak keluar kelas...aih~Tapi ini lah pengalaman beharga buat kami dalam mempelajari bagaimana nak kawal pelajar2..=)



Ini lah anak2 murid kami.Pelajar2 6 Rendah 1... sporting2 dan ceria2 semuanya..Rindu kat diorang ni...*_^

Pada minggu ke 2 pula, telah diadakan Hari Koperasi. Waktu ni, pelajar2 especially student Katering akan berniaga.Macam yang mereka buat.Meriah juga la.Guru2 tak lupa untuk memberi sokongan dengan membeli pelbagai juadah yang ada.Boleh tahan sedap masakan diorang..berbaloi la...hehe..Ni antara koleksi gambar yang sempat dirakam...


Begini lah suasana ketika Hari Koperasi berlangsung..bebakat mereka2 ni dalam bidang perniagaan dan masakan sebenarnya...=)


Suasana ketika Bacaan Yaasin pada pagi hari Jumaat...

Inilah serba sedikit titipan kenangan ana sewaktu melakukan ROS...Terima kasih tidak terhingga pada semua guru2 terutama Puan Pengetua dan Cikgu Sollehuddin serta Cikgu Zaidi yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami selama 2 minggu kami di sekolah.Inilah langkah pertama ana sebelum benar2 menjadi pendidik kelak...
Wallahua'lam =)



Panorama : Pintu utama sekolah, surau Al-Falah, Wetland & Taman herbarium...

*******************************************

Thursday, November 11, 2010

ABC Sebuah Persahabatan...


Seorang sahabat :

A
kan menerima saudara seadanya.


B enci tiada, kasih ada.

C acian dan umpatan tidak pernah dilakukannya.

D alam hatinya,dia sentiasa bersangka baik terhadap saudara.

E mas...baginya persahabatan saudara adalah lebih bernilai daripada emas.

F antasi dan cita-cita saudara miliknya jua (berusaha untuk membantu.)

G agah mempertahankan saudara.

H arapannya hanyalah supaya saudara gembira.

I ngatlah Allah sentiasa,itulah yang sering diucapkan.

J auhilah kemungkaran, dia mengingatkan saudara.

K eikhlasan menjadi perhiasannya.

L ambat? tidak sekali-kali! Dia sentiasa tepat pada waktunya.

M arah? Dia hanya marah apabila saudara melanggar suruhan Allah.

N iatnya sentiasa baik.

O mong-omong kosong tidak pernah terucap di bibirnya.

P ertelingkahan tidak pernah menjadi harapannya.

Q uran... dia sentiasa mengingatkan saudara untuk membacanya.

R amah.

S enyum.

T awa.

U sia yang meningkat tidak memudarkan persahabatannya.

V IP...baginya saudaralah VIPnya.

W alau saudara kaya ataupun miskin, dia tetap di sisi.

X -ray...tampak jelas, dia tidak berahsia dengan saudara.

Y akin dengan kebolehan sudara.

Z iarah menjadi amalannya.

*************************************

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati, kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka/duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya..."

( Imam syafie )

Wednesday, November 10, 2010

Kita kan saudara...=)

Assalamualaikum...

Melihat pada perkataan 'saudara' tu, apa yang kawan2 fikirkan?? Mesti teringatkan saudara mara kita yang mungkin dah lama kita tak jumpa, saudara yang mungkin masa kecil bermain teng teng dan masak2 sama2...teringat lak ana masa kecik2 dulu, sampai kene kejar ngan arwah opah sebab men api, nak masak la konon...hehe...

Kat sini, ana nak sentuh sikit pasal saudara ni dalam konteks yang lebih luas, iaitu saudara yang takde petalian darah ngan kite. Len mak len ayah la orang slalu cakap..Sesungguhnya, bukankah umat Islam tu semua bersaudara??? *_^

Dalam erti kata lain, kita hendaklah menyayangi dan meghormati sesama umat seperti kita menyayangi dan menghormati saudara kita sendiri hatta diri kita sendiri sebagaimana hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim :

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Sahabat yang sentiasa bersama-sama kita dalam susah dan senang juga adalah saudara kita. Bagi kita yang kini berjauhan dengan keluarga dalam mengejar ilmu dan cita2, sahabatlah insan yang paling dekat dengan kita. Setiap kegembiraan, kesedihan, gelak ketawa dan air mata kita turut dikongsi oleh mereka. Jadi, pilihlah sahabat yang benar2 layak dipanggil sahabat. Pandai2lah kita dalam mencari sahabat yang boleh membawa kita ke jalan Allah dan bukan hanya ada bersama kita saat senang dan gembira. Saidina Umar al-Khattab pernah berkata :

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan."

***********************************

Yang ni saudara seibu sebapa ana. Abang dan adik ana. dorang ni la buah hati ana.slalu jgak begaduh, tapi biasala tak lama mana pun.lepas tu baik balik laa..hehe~


Mereka ni pula adik2 & kakak saudara yang paling akeab dgn ana..dari kecil lagi dah main sama2..love u all!!


Yang ni pula sahabat ana sejak dari darjah 1 lagi. Dah memang macam saudara ana sendiri. Gambar ni masa hari raya aidilfitri tahun ni..Moga ikatan persahabatan ni kekal ke akhir hayat.Sayang korang sangat2!


haa..yang ni pula adik beradik ana di univerct.Housemate ana yang hepi go lucky. 11 org sumenye..mereka ni la tempat ana menumpang kasih sayang, kongsi suka dan duka saat bejauhan dengan ibu & ayah ana.


Sayang sangat3 kat korang!!


Sesungguhnya, ukhwah itu indah. Bila bertemu kerana Allah..Berpisah pasti takkan gelisah.Syukran jaziilan kerana menceriakan persaudaraan antara kita. Ukhwafillah abadan abada...=)





Akhir kalam, pesanan buat diri ana & juga kawan2 sekiranya ada perselisihan faham antara kita dengan suadara kita tak kira adik beradik mahupun sahabat kita, sama2 la kita bermaafan. Jernihkanlah kembali hubungan yang keruh. Bak kata KRU dalam lagu baru mereka nii..jom sama2 kita layan..

Wallahua'lam...=)

**************************************




Tuesday, November 9, 2010

Dia lebih Tahu...


Bila engkau memandang semuanya dari Tuhanmu,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,

Yang membuat keinginanmu terhalang,

Serta menyusahkan hidupmu,

Pasti akan damailah hatimu,
Kerana...
Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,

untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan kerana Allah tidak tahu derita hatimu,
Retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu,

Kerana Dia tahu,

Hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
Mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya...



Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan."


(Riwayat Al-Bukhari)

Exam Mode!!

Assalamualaikum...

Exam time!
Perkataan ni beri kte 1001 macam rasa kan...kan??? time ni la semua benda kite rase. Takut, gementar, gundah gulana, resah gelisah...semua bercampur baur, lagi hebat dari nasi campur!
tambah2 bila fikir banyak lagi yang nak dibaca, nak dihafal...mula lah tak tahu nak mula dari mana...(tu la yang berlaku pada si penulis ni...haihh~)

Dalam kekalutan menukar mode study ni, sempat lagi ana men'study' FB..hehe...kat sini ana tengok macam2 fi'il dan telatah sahabat2 ana dalam menyambut kedatangan EXAM ni..ni la antara status yang mereka tulis.jom kite layan same2..*_^

..EnJoY 1sT..
..StuDy 2nD.. =>

* hehe...brape ramai yang setuju dengan statement ni??? salah satu cara nak menyedapkan hati...

'kau' menyerang semula setelah lama meninggalkan...cari kekuatan!!

* Seperti kekasih lama yang datang semula menagih kasih...oh tidak,saya belum bersedia!

:: 8 november 2010 ----> permulaan menggodek bukubuku rebusrebus fakta ingatingat tarikh burnburn isu dlm otak. sekian time kaseh!!

* Haa...yang ni satu metafora yang hebat! betapa komitednye nak jawab exam nii...

:: da xtahan da nie. perlu tingkatkn stamina dgn............., tido. heehehe~ tata

* bile dah sampai tahap maksimum, ape lagi...ni je la jalan terbaik...haha~

Tido di Kos semalam dan x balik bilik

* Subhanallah,ni baru betul2 study nii..teringat pula kenangan tidur di bilik tv kolej akibat wat eseimen last minit...aishh~

Sapa ada soalan spot microb esok..

* Soalan lazim bagi pelajar2 bile nak hadapi exam...*_*

Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman
para nabi, ingatan pararasul dan malaikat terhampir. Ya Allah!

Jadikanlah lidahku basah denganzikir kepadaMu, hatiku dipenuhi

dengan takut kepadaMu. SesungguhnyaEngkau maha berkuasa di atas

segala apa yang Engkau kehendaki.

* Amin2...Mudah2an doa ini sampai pada semua... :)

mari mndampingi aku...
void main=mood study

knape mls sngt neh

* Yang ni kesan daripada cerita Kekasihku Seru...sampai nak study pun kene seru2 dulu...ish3~

2 all my frens..gud luck ok..do our best 4 2morow..ingt..pas dah usaha..jgn lupa tawakal pd Allah..huhu..mAafkan salah silap..

* Satu peringatan yang baik...betul tu! setiap usaha yang kita buat selebihnya tawakkal kepada Allah...

time 2 study....yeah~~~~~~~
chaiyok~~chaiyok..............

marilah kite mule study

* Apabila semangat sudah bekobar-kobar...hehe

dilarang study slagi aku tak mule lg..he3

* Haaa...yang ni paling best...satu arahan atau amaran pun ana xtahu la..haha~

Tu laa serba sedikit status yang sempat ana gelodah...kita boleh nampak kan macam2 yang mereka rasa bile tibanya musim exam ni..apa pun, doa ana moga kita semua dapat buat yang terbaik dalam exam nanti. Teruskan usaha dan insyaAllah hasil yang baik akan kita peroleh...

Sekian, wallahua'lam... (^_^)

**********************************

Sharing is Caring...

Perkara-perkara yang membuatkan hilang ingatan dan tumpul minda :
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minum ais batu, air dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh dan selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9 malam
  • Jangan menyapu rumah waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makanan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas makan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan :
  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas
  • Selalu makan kekacang seperti kacang soya, badam dll
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dan memberi keluarga makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet dan pewarna
  • Jangan menggunakan minyak masak lebih 2 kali
  • Jangan mandi selepas jam 9 malam

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

(Surah Al-Ahzab:71)


Wallahua'lam...

***********************************

Monday, November 8, 2010

Aura Warna...

Sewaktu ana menziarahi ukhti ana di kolej satu ketika dulu, mata ana tertancap pada sekeping nota yang ditampal pada dinding biliknya. perkataan yang ditulis pelbagai warna itu menarik minat ana untuk membacanya..."Aura Warna Diri" Begitulah tajuk yang ditulis pada nota tersebut. Berikut apa yang telah ana baca :

Hari Ahad - Warna Hitam : Gabungan / istirehat / pertahanan
Hari Isnin - Warna Putih : Kesucian rohani

Hari Selasa - Warna Pink : Kasih sayang / tumpuan

Hari Rabu - Warna Biru : Perhubungan / komunikasi

Hari Khamis - Warna Kuning + Oren : Pemikiran / tenaga

Hari Jumaat - Warna Hijau : Keseimbangan / iman

Hari Sabtu - Warna Merah : Keberanian / tuah / kemewahan


berdasarkan sedikit maklumat yang ana peroleh, aura warna ini berkait rapat dengan elemen spiritual dan motivasi diri kita. Mungkin ada yang lebih arif dan sedia maklum tentang perkara ni. Dikatakan sekiranya kita memakai pakaian mengikut warna pada hari tersebut, ia membangkitkan semangat dan motivasi dalam diri kita. Dalam erti kata lain, memberi aura pada diri kita.

Jadi, lepas ni boleh la kite same2 cuba yer...cuma ana tak tahu bila pula nak pakai baju ungu ana...hehe...
wallahua'lam... (^_^)



***************************