Seorang sahabat :
A kan menerima saudara seadanya.
B enci tiada, kasih ada.
C acian dan umpatan tidak pernah dilakukannya.
D alam hatinya,dia sentiasa bersangka baik terhadap saudara.
E mas...baginya persahabatan saudara adalah lebih bernilai daripada emas.
F antasi dan cita-cita saudara miliknya jua (berusaha untuk membantu.)
G agah mempertahankan saudara.
H arapannya hanyalah supaya saudara gembira.
I ngatlah Allah sentiasa,itulah yang sering diucapkan.
J auhilah kemungkaran, dia mengingatkan saudara.
K eikhlasan menjadi perhiasannya.
L ambat? tidak sekali-kali! Dia sentiasa tepat pada waktunya.
M arah? Dia hanya marah apabila saudara melanggar suruhan Allah.
N iatnya sentiasa baik.
O mong-omong kosong tidak pernah terucap di bibirnya.
P ertelingkahan tidak pernah menjadi harapannya.
Q uran... dia sentiasa mengingatkan saudara untuk membacanya.
R amah.
S enyum.
T awa.
U sia yang meningkat tidak memudarkan persahabatannya.
V IP...baginya saudaralah VIPnya.
W alau saudara kaya ataupun miskin, dia tetap di sisi.
X -ray...tampak jelas, dia tidak berahsia dengan saudara.
Y akin dengan kebolehan sudara.
Z iarah menjadi amalannya.
*************************************
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati, kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka/duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya..."
( Imam syafie )
No comments:
Post a Comment