Inilah ungkapan yang pada ana acapkali bermain dalam benak perasaan anak-anak muda kini. Tidak dapat tidak, perasaan kasih, cinta dan sayang itu sememangnya suatu fitrah dalam diri setiap manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat : 13 yang bermaksud
"Hai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal."
*******************
Ada juga yang pernah bertanya pada ana, "pernah jatuh cinta?" Erm...bohong la kalau ana kata tak pernah..hehe..Sebagai manusia biasa yang sedang melalui saat2 remaja ana juga tak dapat lari dari perasaan suka dan disukai. Seseorang yang tk mungkin ana lupakan, pernah hadir dalam hidup ana. Namun, Allah lebih menyayanginya. Hanya doa yang dikirimkan kini. Semua pengalaman itu mematangkan lagi diri ana dalam mengenal erti hidup dan matlamatyang ingin ana tuju. Cinta adalah satu lafaz yang difahami oleh seluruh manusia. Cinta juga adalah satu rasa yang selalu diimpikan oleh setiap jiwa. Namun, cinta itu tidak semuanya indah dan mempesona. Dalam berjuta warna cinta, tetap ada cinta yang membinasakan. Dalam berjuta kelopak cinta tetap ada yang berbahaya, harus diteliti dengan waspada.
Bagi ana, buat masa sekarang cinta yang ingin dikejar dan digapai hanyalah cinta Allah, kerana hanya cinta inilah yang bisa menjamin kebahagiaan hidup dunia akhirat. Cinta yang ingin ana sematkan adalah cinta pada kekasih Allah, Rasulullah SAW..moga kita semua beroleh syafaat-Nya kelak. Cinta yang ingin ana kukuhkan, cinta dan kasih sayang pada ibu bapa serta seluruh keluarga ana. merekalah cahaya serta buah hati ana. Cuba kita fahami bait kata daripada lagu Kerana Cinta nyanyian Inteam & Mestica :
Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan
Buat insan yang sudi bertamu dalam hati, diharapkan jalinan ini dipelihara dan dibatasi dengan apa yang dilandaskan syariat. Moga hubungan yang dibina kerana Allah sampai pada matlamat yang satu, ikatan yang halal dan diredhai oleh Pemilik cinta hakiki.
******************
Tuntasnya di sini, Seandainya hati berdetik
"Aku mahu jatuh cinta..."
Bercintalah...
Lagi, jika kita bertanya...
"Dengan siapa aku mahu jatuh cinta?"
Jawablah...
"Aku mahu bercinta dengan pencinta yang bisa menjauhkan diriku dari neraka Allah dan mampu memimpin tanganku ke syurga Allah."
"Aku mahu jatuh cinta..."
Bercintalah...
Lagi, jika kita bertanya...
"Dengan siapa aku mahu jatuh cinta?"
Jawablah...
"Aku mahu bercinta dengan pencinta yang bisa menjauhkan diriku dari neraka Allah dan mampu memimpin tanganku ke syurga Allah."
Wallahua'lam
********************
********************
No comments:
Post a Comment