Monday, November 15, 2010

Langkah Pertama...

Assalamualaikum...

emm...sedang ana membelek-belek + m'gelodah folder2 gambar yg tersimpan dlm laptop ni, terjumpa lah semula gambar2 ketika melakukan ROS dahulu...ROS??? ape tu ye???
jgn silap lak ye,ni bukan bunga ros @ nama seseorang pula..hehe~

ROS tu maksudnye Rancangan Orientasi Sekolah..selama 2 minggu kami didedahkan dengan suasana sesebuah sekolah itu di samping memahami & mengetahui struktur pentadbiran dan pengurusan pembelajarannya. Pada ana, ini merupakan langkah pertama sebelum kami
menjalani latihan mengajar @ praktikum selama 3 bulan dan seterusnya bergelar sebagai
pendidik.

**************************************

Inilah antara gambar sebagai memori indah ana sewaktu menjalani ROS...^_^

Ni lah sekolah tempat ana menjalani ROS aka Sekolah ana menimba segala ilmu pengetahuan...=)


Antara landskap yang terdapat di sekolah dan pentas utama di dataran kejat

Sewaktu menjalani ROS , ana ditemani sahabat ana iaitu cikgu Aziah yang turut buat di sekolah ini.Rutin kami sepanjang 2 minggu itu, bangun pukul 5.30 pagi dan besiap2 untuk ke sekolah.Mak ana pula tiap2 pagi tu tolong buatkan sarapan kami.terima kasih banyak2 mak!pukul 7 kami pun bertolak dari rumah dan sampai kat sekolah pukul 7.15 pagi. Kami terus ke bilik guru, letak laptop dan turun semula untuk menghadiri perhimpunan pagi.

Keadaan sewaktu perhimpunan pagi. Waktu ni teringat masa diri begelar seorang pelajar dulu. Tapi sekarang,Kami pula duduk di hadapan besama-sama dengan guru2 yang lain..hehe~


Perhimpunan pada hari Rabu : semua pelajar diwajibkan memakai pakaian beruniform pada setiap hari Rabu...

Selepas itu,kami akan merayau-rayau sekitar sekolah untuk mencari maklumat yang perlu dicari untuk laporan kami. Bermula lah sesi temuramah dengan Pengetua, Guru2 penolong kanan, Guru2 disiplin, Dan jugak guru matapelajaran bagi bidang kami (Pengajian Am). Masa ni, Cikgu Sollehuddin menjadi guru pendamping kami. Dengan dia lah tempat kami bertanya macam2 soalan, tempat rujukan kami dalam memperoleh maklumat berkaitan dengan proses pembelajaran subjek pengajian am. Selain dia,ada lagi seorang guru pengajian am iaitu Cikgu Zaidi.Dengan dia jugak banyak info dan pengetahuan yang kami dapat dalam PA kertas 1.

Sewaktu membuat pemerhatian proses pengajaran Pengajian Am 2..Yang bersongkok tu la Cikgu Solehuddin. Agak tidak jelas di situ..huhu~


Situasi di atas : ketika mengikut Cikgu Norhaimi ke makmal komputer. Mereka ni pelajar2 kelas vokasional Grafik Komputer.


Yang ni pula sewaktu melawat Bengkel Pertanian. Subjek kegemaran ana ketika tingkatan 4 & 5 (Sains Pertanian). itu jugalah guru yang telah mengajar ana, Cikgu Taufik..Rindu zaman ini!!


Selain merayau-rayau cari ilmu tu,kami juga diberi peluang untuk mengajar.Cikgu Zaidi la yang minta kami cuba di kelas 6 Rendah 1..Gulp! betul2 tak sedia lagi la cikgu..huhu...akhirnya,kami tak la mengajar tapi diminta masuk ke kelas tersebut dan memberi taklimat @ ceramah la jugak pada diorang ni tentang teknik berkesan belajar P.Am ni.macam2 soalan la yang diorang tanya..Alhamdulillah boleh kami jawab dengan baik.Tapi...diorang ni lebih nak tahu teknik belajar pengajian Perniagaan!adoii, demi tak menghampakan mereka,kami cube juga membantu sampai kene mintak buku teks p.perniagaan sebab kami sendiri lupa topik2 yang ada! haih...

Tak ketinggalan juga,kami diberi tugas untuk relief kelas yang tiada guru (mungkin tengah becuti @ ade urusan penting diluar). Paling tak boleh lupe sewaktu menjaga kelas 3 Gemilang. Kelas ni adalah kelas yang paling bawah.haishh...memang tak telayan rasenye..yang sorang ni,tak habis2 ajak kami berbalas pantun! erk...tekedu juga,ye la kami bukan pakar bahasa..huhu...yang tak boleh duduk diam jangan cakapla..haha...sampai ana kene jadi 'jaga' kat pintu belakang supaya diorang tak keluar kelas...aih~Tapi ini lah pengalaman beharga buat kami dalam mempelajari bagaimana nak kawal pelajar2..=)



Ini lah anak2 murid kami.Pelajar2 6 Rendah 1... sporting2 dan ceria2 semuanya..Rindu kat diorang ni...*_^

Pada minggu ke 2 pula, telah diadakan Hari Koperasi. Waktu ni, pelajar2 especially student Katering akan berniaga.Macam yang mereka buat.Meriah juga la.Guru2 tak lupa untuk memberi sokongan dengan membeli pelbagai juadah yang ada.Boleh tahan sedap masakan diorang..berbaloi la...hehe..Ni antara koleksi gambar yang sempat dirakam...


Begini lah suasana ketika Hari Koperasi berlangsung..bebakat mereka2 ni dalam bidang perniagaan dan masakan sebenarnya...=)


Suasana ketika Bacaan Yaasin pada pagi hari Jumaat...

Inilah serba sedikit titipan kenangan ana sewaktu melakukan ROS...Terima kasih tidak terhingga pada semua guru2 terutama Puan Pengetua dan Cikgu Sollehuddin serta Cikgu Zaidi yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami selama 2 minggu kami di sekolah.Inilah langkah pertama ana sebelum benar2 menjadi pendidik kelak...
Wallahua'lam =)



Panorama : Pintu utama sekolah, surau Al-Falah, Wetland & Taman herbarium...

*******************************************

No comments:

Post a Comment