Monday, November 15, 2010

Berani !!

Adakah ini berani??

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani berlumba haram...
Itu bukan berani, tapi mencari maut namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat menengking ibu bapa...
Itu bukan berani, tapi anak derhaka namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani melanggar undang-undang
Itu bukan berani, tapi penjenayah namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak...
Itu bukan berani, tapi dayus namanya...
  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani memakai pakaian mencolok mata...
Itu bukan berani, tapi tidak sopan namanya...

  • Tidaklah dikatakan berani jika setakat berani membiarkan kepincangan berleluasa...
Itu bukan berani, tapi bersubahat namanya...

BERANI yang sebenarnya... :

  • Yang dikatakan berani adalah berani membetulkan yang salah dengan cara yang baik.
  • Yang dikatakan berani adalah berani mengejar cita-cita.
  • Yang dikatakan berani adalah berani mempertahankan kebenaran.
  • Yang dikatakan berani adalah berani melalui cabaran dan dugaan
Berani kerana benar,

Berani kerana niat yang ikhlas,

Dan berani kerana ingin membangunkan ummah...BERANI!!

********************************

No comments:

Post a Comment