Thursday, December 30, 2010

AnTaRA 2 HaTi...





RAJIN :


# Orang yang rajin disangka tak ikhlas.

Hati yang dengki berkata, "Dia cuma ingin tarik perhatian tuan pengurus!"

Hati yang baik berkata, "Bagus, Aku ingin mencontohinya."

REHAT :

# Orang yang berehat disangka malas.

Hati yang buruk sangka berkata, "Dia memang begitu, suka curi tulang!"

Hati yang baik berkata, "Kasihan dia. Penat agaknya."

BELI :

# Orang yang membeli kereta besar disangka ingin menunjuk-nunjuk.

Hati yang dengki berkata, "Menyampah aku, dia ingat di kaya sangat!"


Hati yang baik tertanya-tanya, "Apakah rahsia kejayaannya?"

BERNIAGA :

# Orang yang berniaga disangka tamak.


Hati yang dengki berkata, "Tamak betul, tidak cukupkah dengan apa yang ada!"


Hati yang berkata, "Bagus! Harap-harap nanti dia akan menggunakan kekayaannya ke jalan kebaikan."


DIAM :


# Orang yang diam disangka menyendiri :

Hati yang buruk sangka berkata, "Dia memang tak pandai bergaul dengan orang lain."


Hati yang baik berkata, " Mmm...apa kata jika aku pergi berbual dengannya."


CANTIK :


# Orang yang cantik disangka sombong.


Hati yang dengki berkata, "Mesti sombong, semua orang cantik pasti begitu!"


Hati yang baik berkata, "Orang yang cantik tidak semestinya sombong."


BAIK :


# Orang yang baik disangka mempunyai niat tersembunyi.


Hati yang dengki berkata, "Mesti ada sebab...kalau tak,kenapa tiba-tiba dia buat baik dengan aku?"


Hati yang baik berkata, "Alhamdulillah, sikap seperti ini yang perlu ada pada setiap orang."


DERMA :


# Orang yang menderma disangka ingin menunjuk-nunjuk.


Hati yang dengki berkata, "Dia ingat dia seorang sahaja boleh derma? Aku pun boleh!"


Hati yang baik berkata, "Alhamdulillah, semoga sikapnya dicontohi orang lain."





Anaz Amira

Monday, December 27, 2010

5 YanG MeSTi DiSEgERaKan...

Untuk renungan dan iktibar kita bersama...

Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat. Maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.a.w :

1. Memberi makan tetamu, apabila ia berkunjung.

2. Menyiapkan perkuburan mayat, bila ia telah meninggal.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5. Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.


Lima pesanan dari Syaikh Al-Balkhi :
"Ambil olehmu lima perkara, kemudian amalkan,"


- Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepada-Nya.

- Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluanmu selama umurmu di dalamnya.

- Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azab-Nya. Nauzubillah..

- Persiapkan bekal di dunia, untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.

- Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.


Harta bertimbun boleh menyebabkan lima perkara :

Dari Sufyan Sauri ;

"Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya 5 perkara..."

# Panjang angan-angan.
# Sentiasa tamak.

# Sangat kedekut.

# Berkurang waraknya.

# Lupa kepada akhirat.



***************************

(Ibnu hajar Al-Asqalani)

LeRAiKAnLAh KeKeCEwAaNmU...


Assalamualaikum w.b.t...

Entri kali ana ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan 'kecewa'...

Setiap di antara kita pasti pernah terdetik dengan perasaan kecewa,bukan?? Lumrah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Adakalanya sesuatu perkara yang kita harapkan atau inginkan tidak dapat digapai, perasaan kecewa itu akan bertandang ke dalam hati kita tanpa diundang. Pelbagai sebab yang boleh membuatkan kita berasa kecewa. Kecewa dengan kegagalan diri dalam pelajaran,pekerjaan, hatta ada yang merasa kecewa apabila percintaan sesama manusia putus di tengah jalan. Malah, apabila rasa kecewa mula menghurung hati acapkali kewarasan akal tewas dengan perasaan kita. Inilah yang menyebabkan berlakunya peristiwa-peristiwa yang kurang enak akibat dorongan perasaan yang tunduk dengan rasa kecewa tersebut.
Justeru itu, bagi mengelakkan kita tersasar dari landasan keimanan seharusnya kita muhasabah dan cuba mencari kaedah yang betul bagi mengatasi rasa kecewa itu.

  1. Fahami punca masalah.
Fahami betul-betul apa yang menyebabkan anda menjadi kecewa. Selagi anda tidak benar-benar pasti punca yang menyebabkan anda kecewa, pastilah sukar untuk anda mencari jalan keluar dari kekecewaan tersebut. Adalah lebih mudah untuk mengatasi sesuatu perkara yang kita sendiri faham. Oleh itu,setelah betul-betul kita memahami puncanya, maka mudahlah kita untuk cuba mencari jalan keluar dari masalah tersebut.

2. Fahami perasaan anda Perasaan kecewa yang kita alami adalah umpama mimpi. Kadangkala ianya kurang berasas dan tidak bertapak. Oleh itu, kenali benar-benar perasaan kita yang sebenarnya. Cuba hayati tekanan yang kita hadapi itu. Apabila kita mengetahui sifat sebenar perasaan kecewa kita itu, maka barulah mudah untuk kita untuk cuba melakukan sesuatu bagi mengatasinya.

3. Ikhlas dengan perasaan sendiri. Jangan cuba menipu perassan sendiri. Ini kerana kadangkala kita berasa kecewa bukan pada tempatnya. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa kecewa kerana rakannya lebih berjaya dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya dia kecewa kerana rakannya itu juga adalah lebih cantik darinya. Malah kekecewaan kerana kurang cantik itu jauh lebih mengatasi kekecewaan kerana prestasi yang kurang baik dalam peperiksaan. Dalam hal ini,kita sengaja menokok tambah beban kekecewaan itu. Cuba ikhlas dengan perasaan sendiri. Cuba fokuskan punca sebenar kekecewaan. Apabila kita teliti dengan hati yang tenang, mungkin kita akan berasa bahawa punca sebenar kekecewaan itu adalah tidak berasas.

4. Fahami punca-punca kekecewaan Cuba cari punca asas kita berasa kecewa dan cuba fahami keadaan sebenar punca-punca itu. Tanyakan persoalan berikut : Adakah punca-punca itu tidak dapat diatasi? Akan sentiasa berulang? Akan berulang jika tidak melakukan sesuatu? Salah diri sendiri? Dianiaya? Tidak akan berlaku lagi? Bolehkah berlaku lagi atau dielakkan terus?

Setelah memahami punca sebenar kekecewaan, cuba fikirkan sama ada kekecewaan itu boleh disekat daripada berlaku lagi atau tidak. Sekiranya kita dapat membuat kesimpulan bahawa kekecewaan itu mungkin oleh dihindari pada masa-masa akan datang, maka ini bermakna kita masih mempunyai harapan.



Apakah cara untuk mengatasi kekecewaan?

Ini adalah antara ubat kekecewaan. Apabila kita rasa sudah mahu bertindak untuk mengatasi rasa kecewa, kita sebenarnya telah berjaya iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita. Sebaliknya, apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal. Lantaran itu,cuba atasi kekecewaan tersebut. Antaranya adalah :

# Lakukan aktiviti yang lebih berfaedah.
Lupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baru untuk tidak kecewa lagi. Meluahkan perasaan pada orang yang kita percayai.

# Minta nasihat daripada orang lain. Cuba minta nasihat dari orang lain yang kita hormati atau segani. Tidak kira apa nasihatnya, namun kesediaan orang lain memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.

# Jangan manjakan perasaan.
Jangan terlalu terikut-ikut dan dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat,memang akan semakin menjadi. Oleh itu, janganlah dilayani perasaan kecewa itu sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu. Cuba lakukan aktiviti lain yang dapat mengalihkan pemikiran anda dari masalah yang menimbulkan rasa kecewa itu. Bercampur dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti luaran yang lain. Secara beransur-ansur, kita akan dapat melupakan rasa kecewa itu. Walaupun adakalanya kita akan kembali memikirkannya apabila berseorangan, namun tahap kekecewaan itu pasti akan berkurangan.


# Luahkan perasaan, jangan disimpan.
Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan ini perlu diluahkan. Kajian sains menunjukkan perasaan tekanan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Oleh itu, perasaan tersebut haruslah diluahkan. Lain orang, lain caranya mereka meluahkan perasaan. Ada yang akan menangis, ada yang menjerit sekuat hati, ada juga yang mencoretkan rasa hati dalam diari kesayangan. Walau apa pun yang dilakukan, rasa kecewa itu akan berkurangan setelah diluahkan. Sebagai seorang muslim, cara terbaik untuk kita melepaskan segala rasa kecewa itu adalah dengan berdoa dan bermohon pada Allah. Luahkan segala rasa hati pada-Nya dan mohonlah petunjuk agar diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kekcewaan itu.

# Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan
Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang menguasai diri kita mula diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata. Malah kalau anda beruntung, anda tidak perlu mencari jalan untuk mengatasinya lagi kerana pemikiran rasional anda telah mengatasi rasa kecewa itu.

# Tiada jalan pendek atasi kekecewaan.
Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu anda perlu faham bahawa jalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil. Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan! Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal.


# Bertawakal.
Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya. Nabi Muhammad s’a.w memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal. Ini bermakna jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya.

# Tanam keyakinan diri.
Kekecewaan sering timbul dan berlarutan apabila kira kurang mempunyai keyakinan diri. Apabila kita kalah misalnya, kurang keyakinan diri menyebabkan kita rasa yang kita akan sentiasa kalah lagi. Ini menyebabkan kekecewaan kita sentiasa meningkat walaupun puncanya adalah satu sebab.

*******************************************
Wallahua'lam

Sunday, December 26, 2010

SuaTU PeNGeRtiAn...

Dari kejauhan, lampu lalu lintas di persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tidak mahu terlambat. Apatah lagi dia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar-debar berharap semoga dia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah dia berhenti atau jalan saja? " Ah, aku tak sempat untuk memijak pedal brek mendadak," Fikirnya sambil terus memandu laju.


P
riiiittt! Di seberang jalan seorang Pegawai Polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun memberhentikan keretanya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi, dia melihat Pegawai Polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Eh, itu kan Yusof , teman sepermainannya semasa di sekolah menengah dahulu. Hati Harun agak lega. Dia melompat keluar sambil mendepakan tangannya.

"Yusof, gembiranya aku bertemu dengan kau!"

"Hai, Harun." Balas Yusof tanpa senyum.


" Aduh, aku ni sebenarnya nak cepat sangat ni...Aku memang agak terburu-buru. Isteri aku sedang tunggu di rumah."

"Oh, ye ke??" Yusof agak ragu-ragu.


"Ye la suf... Ari ni isteriku menyambut ulangtahu
n kelahiran. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat. Kawan-kawanya pun sudah menunggu."

"Aku faham. Tapi, sebenarnya aku sering memerhatikan kamu melintasi lampu merah di persimpangan ini."

Oooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti tukar strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker?"


"Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.


"Ok, Run. Sebenarnya aku melihat dengan jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara Yusof menulis sesuatu pada buku catatannya. Beberapa saat kemudian, Yusof mengetuk kaca keretanya.
Harun memandang wajah Yusof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca tingkap itu sedikit. " Ah, satu inci cukup muat untuk memasukkan surat saman." Tanpa berkata-kata Yusof kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselipkan Yusof di celah-celah tingkap. Tapi, "Eh, apa ni?" Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota.

"Kenapa dia tak menyaman aku? Lalu nota apa ni? Guarauan ke apa ni?" Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca tulisan tangan Yusuf.

"Run,tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak dan isteri yang cantik. Tapi sayang, mereka sudah meninggal dunia, dilanggar pemandu yang tidak mempedulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang, pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga-tiga anaknya. sedangkan anak dan isteriku sudah tiada.
Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Maafkan aku, Run. Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya. Berhati-hatilah ketika memandu, Run." -Yusuf-

Harun terhenyak. Dia segera keluar dari kenderaan mencari Yusuf. Namun Yusuf sudah meniggalkan pos tempat dia bertugas. sepanjang perjalanan pulang, harun memandu perlahan dengan hati tidak keruan sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

******************************
Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita tak lebih dari duka rakan kita. Hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini sangat berharga. Jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Wallahua'lam...

iF yOu ARe My FRiEnD...


Written with a pen,
Sealed with a kiss,

If you are my friend,
Please answer this ;

Are we friends?
Or are we not?
You told me once,
But I forgot.

So tell me now,
And tell me true,
So I can say...
"I'm here for you."

Of all the friends,
I've ever met,
You are one,
I won't forget.


Friends,
Are like stars,

They come and go,
But...

The once that stay,
Are the once that glow.

You and Me,
Friends forever,

Our friendship is a light in the darkness,

I'm so thankful...
That YOU are my friends...

******************************

Tuesday, December 21, 2010

Ujian Dahsyat Terhadap Iman...


Assalamualaikum W.B.T...

Iman secara harafiah dalam Islam bererti percaya kepada Allah. Orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang mukmin. Perkataan iman yang bererti 'membenarkan' itu disebut dalam Al-Quran, antaranya di dalam surah At-Taubah : 62 yang bermaksud :

"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada orang yang beriman."

Takrif iman menurut istilah syarak ialah seperti yang diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a yang bermaksud, "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Oleh yang demikian, dapatlah diterjemahkan bahawa iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Dalam skop yang lebih luas, iman adalah kepercayaan atau tasdiq yang kukuh melalui pengucapan lidah dan keyakinan dalam hati terhadap Allah, kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada malaikat, kepercayaan kepada kitab-kitab, kepercayaan kepada hari akhirat dan lepercayaan terhadap qada' dan qadar, baik dan buruk daripada Allah S.W.T


Iman adalah aset rohani manusia yang tidak ternilai harganya. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah ditentukan dengan kadar keimanan yang ada pada diri masing-masing. Siapa yang paling kuat dan sempurna imannya, maka dialah yang paling mulia pada pandangan Allah. Keimanan yang kuat itu mahal harganya. Ia tidak mungkin diperoleh begitu sahaja tanpa berhadapan dengan perjuangan yang sukar. Dalam melewati kehidupan di dunia yang hampir di penghujungnya, dapat kita lihat bermacam-macam perkara dan kejadian yang boleh menggugat keteguhan serta keutuhan iman setiap daripada kita. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis berikut yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :

" Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih menjadi kafir.Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia."

-Hadis Riwayat Muslim-


Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir di waktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang,tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambah :

" Kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah s.w.t deng
an ilmu. dalam hadis lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan. - Riwayat At-Tirmizi -

Daripada hadis ini, jelas bahawa ujian terbesar kepada umat Muhammad adalah ujian berupa harta dan kekayaan. Dengan harta benda dan kekayaan menyebabkan banyak di antara manusia yang tergelincir daripada prinsip dan akidah Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai Muslim bermaruah tinggi dan berakhlak mulia. Mudah-mudahan Allah s.w.t menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya. Justeru dengan itu Allah s.w.t akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

Wallahua'lam...


Ujian dahsyat terhadap iman,
hampir menggoncang asas pegangan,
di pagi petang di kiri kanan,
iman di dada jangan lepaskan.

Jangan dijual agama suci,
walaupun harga mahal sekali,
simpanlah ia di sanubari,
untuk bekalan menuju mati.

Thursday, December 16, 2010

10 KeuTamAAn MeNGhUBuNGKaN UkHUwaH...


" Barang siapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh sepuluh keutamaan..." - Imam Syafie -


Sepuluh keutamaan itu ialah :

  • Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah. Begitu juga dengan penduduk di langit.
  • Menggembirakan para malaikat di langit kerana mereka suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah.
  • Dapat menambahkan pahala amal selepas meninggal kelak.
  • Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
  • Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.


  • Allah dapat melanjutkan usianya.
  • Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
  • Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
  • Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
  • Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

Sunday, December 12, 2010

Di SeBaLiK YaNG MudAh...

Melangkah itu mudah,
namun arah itu yang terkadang payah.
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
Dalam semua ini...
Menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah.

Namun...
Dia amat faham.
Bagi hamba-Nya Dia tidak meminta
manusia jadi yang terbaik,
Hanya perlu melakukan yang terbaik.
Meletakkan sandaran dan keyakinan
penuh kepada-Nya.
Nescaya, Dia akan menguruskan yang selebihnya,
agar yang terbaik itu
menjadi milik manusia.
Moga perjalanan kita
sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan-Nya...


******************************

Monday, December 6, 2010

6 Perkara Allah sembunyikan...


SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:

" Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku? "

LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

Kemudian Jibril A.S berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril AS solat, maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadatmu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja. Dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."

Kemudian, Jibril AS berkata :

"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud :

"Ya Jibril,akan aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

kemudian Jibril AS meminta izin dari Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah mendapat keizinan daripada Allah, maka pergilah Jibril AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Terbanglah malaikat Jibril selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT dan dia berkata dalam sujud :

"Ya Tuhanku, apakah sudah aku menempuh setengahnya, atau sepertiga, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU :


  • Allah telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

  • Allah telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
  • Allah telah menyembunyikan nama-Nya yang agung di dalam Al-Quran.
  • Allah telah menyembunyikan lailatul qadar dalam bulan Ramadhan.
  • Allah telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang 5 waktu.
  • Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahua'lam...

Salam Maal Hijrah... =)

Assalamuaalaikum W.B.T...

Diam tak diam,kita sudah pun menjengah ke awal tahun 1432 Hijrah...Cepatnya masa berlalu. Syukur alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan untuk bernafas, menghirup udara segar, melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang satu di tahun yang baru ini...

Tahun Hijrah yang baru bermula ini, ana dan kawan2 akan melaksanakan satu misi, iaitu merentas Banjaran Titiwangsa bermula dari Slim River Perak dan berakhir di Raub, Pahang..Aih,mampu ke ana ni nak berjalan selama 10 jam di dalam hutan tu..kecut perut rasanya, ketaq lutut ni,rasa macam dah longgar nii...hehehe~

Tapi, ini lah pengalaman pertama ana melakukan 'hiking' dan InsyaAllah, ana tak mahu lepaskan peluang dan pengalaman berharga ni walaupon hati ni daa bedebar debar..nebes2!! Mohon doakan keselamatan ana dan rakan2 ya... =)

wallahua'lam...


" Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani."

(An-Nisaa : 100)



Thursday, December 2, 2010

Aku Hairan...

" Wahai anak Adam, aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih ketawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat.

Aku hairan terhadap mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.

Aku hairan kepada mereka yang alim kepada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang sesungguhnya mengetahui bahawa Allah itu mengawasinya, tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak dengan manusia.

Ketahuilah, tiada Tuhan melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-ku..."

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali : Al-Mawa'iz Fil Alhadis Al-Quran )

Semoga dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran. Pesanan buat diri ana sendiri & sahabat2...

Wallahua'lam...

TaWa DaLAM TaNgiSAn...

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, pada 1 Dis yang dah lepas ni menjadi penamat dalam pejuangan ana pada semester kali ni. Paper teakhir pagi tu dijawab dengan penoh semangat! *walaupun jawapan belum tentu menyengat...ehehe*

Alkisahnya, bila tamat jer peperangan + pemerahan otak sampai kering apa yang dibaca tu ana dan kawan2 serumah ana melepaskan kelegaan tu di pekan Tanjung Malim yang permai ini. Kami pergi makan tengah hari di KFC. MasyaAllah, masa tu dah macam majlis jamuan student2 Pengajian Malaysia! ramai rupenye rkn2 sekuliah di situ... :)

posing2 dulu sementara menanti bas ke pekan... :)

Disebabkan bas yang ditunggu tidak kunjung tiba, kami pun sepakat la menaiki teksi...Bila sampai je ke destinasi, mengambil giliran membuat 'order' kami pun duduk di site hujung kat atas besantap bersama-sama. Dalam keghairahan menyantap hidangan masing-masing, rupa-rupanya kawan2 ana telah membuat kejutan dengan menghadiahi ana dan 2 lagi rakan ana dengan sebiji kek yang sangat sedap!

walaupun sekadar 'belated befday', tapi ia sangat2 berharga & bermakna buat ana...

Tapi waktu ni,seorang daripadanya takde sebab die ada exam petang tu. Apa2 pun, ana nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada rakan2 ana yang besusah payah membuat kejutan ni pada kami. Berkaitan dengan tajuk post ni, dalam gembira dan tawa kami bersama, ana sebenarnya turut rasa sedih sebab ni la yang terakhir kami sambut befday dengan kawan2 serumah. Tinggal lagi satu sem kami duduk sebumbung dan selepas menjalani praktikal, kami akan tinggal berasingan di kolej..cdey...! :'(

Jadi, di kesempatan ni ana nak bagitahu pada kawan2 ana yang ana sangat3 sayang mereka! Syukran atas sebuah persahabatan yang amat bernilai ini...macam2 kenangan kita bersama yang ana takkan lupakan sampai bila2! Sayang kamu semua ketat2!!! *_^

************************************
Sebelum menoktahkan kalam ana ni, khas buat kawan2 yang ana sayangi.... :

Berilah peringatan
Buat diriku yang kealpaan
Kejutkanlah diriku
Daripada lamunan kesilapan
Kerana suatu peringatan
Nasihat panduan dan teguran
Amat berguna kepada insan yang beriman
Beri peringatan
Untukku dan untuk semua
Agar ku tak tersasar
Dalam mengejar impian
Alami luahan isi hatiku...
alamilah rasa di jiwaku ini...
Alami suasana irama hatiku yang syahdu
Agar kau memahami
rahsia yang terpendam di kalbu
Selamilah diriku....yang sesungguhnya
Amat memerlukanmu....
Sahabatku...

Friday, November 26, 2010

HaNYa DiA...

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak kutermampu merentasi liku-liku
Tidak kumampu menghadapi semua itu
Sungguh...ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima

Namun...ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya Maha mendengar
Rintihan hamba-hamba-Nya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya...

LuCu BeRiKTibAr...

Assalamualaikum W.B.T...

Kali ini ana nak berkongsi beberapa kisah lucu beriktibar yang perlu kita fikir dan renungkan...Buat iktibar bagi diri ana sendiri serta sahabat2 yang ana sayangi...Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya...apa yang kita nampak hanyalah keburukan orang lain...

*****************************

Lucu ya, duit rm50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid..Tapi begitu kecil bila dibawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih di bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat untuk membaca Al-Quran dalam sehari, tapi majalah hiburan dan novel 100 halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang ramai berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang ketika solat supaya boleh keluar cepat.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelum untuk majlis ilmuwan supaya boleh dimasukkan dalam agenda kita, tapi untuk menonton wayang, annual dinner atau hi tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya, kita begitu percaya apa yang dikatakan dalam email layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan dalam Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai dalam email, tapi untuk mengirim info berkaitan ibadah sering berfikir dua kali.

Lucu ya???

Tepuk dada, tanyalah hati & iman...

************************************

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahawa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah."
( QS 33:47)

Wallahua'lam...