Sunday, December 26, 2010

SuaTU PeNGeRtiAn...

Dari kejauhan, lampu lalu lintas di persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tidak mahu terlambat. Apatah lagi dia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar-debar berharap semoga dia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah dia berhenti atau jalan saja? " Ah, aku tak sempat untuk memijak pedal brek mendadak," Fikirnya sambil terus memandu laju.


P
riiiittt! Di seberang jalan seorang Pegawai Polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun memberhentikan keretanya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi, dia melihat Pegawai Polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Eh, itu kan Yusof , teman sepermainannya semasa di sekolah menengah dahulu. Hati Harun agak lega. Dia melompat keluar sambil mendepakan tangannya.

"Yusof, gembiranya aku bertemu dengan kau!"

"Hai, Harun." Balas Yusof tanpa senyum.


" Aduh, aku ni sebenarnya nak cepat sangat ni...Aku memang agak terburu-buru. Isteri aku sedang tunggu di rumah."

"Oh, ye ke??" Yusof agak ragu-ragu.


"Ye la suf... Ari ni isteriku menyambut ulangtahu
n kelahiran. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat. Kawan-kawanya pun sudah menunggu."

"Aku faham. Tapi, sebenarnya aku sering memerhatikan kamu melintasi lampu merah di persimpangan ini."

Oooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti tukar strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker?"


"Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.


"Ok, Run. Sebenarnya aku melihat dengan jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara Yusof menulis sesuatu pada buku catatannya. Beberapa saat kemudian, Yusof mengetuk kaca keretanya.
Harun memandang wajah Yusof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca tingkap itu sedikit. " Ah, satu inci cukup muat untuk memasukkan surat saman." Tanpa berkata-kata Yusof kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselipkan Yusof di celah-celah tingkap. Tapi, "Eh, apa ni?" Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota.

"Kenapa dia tak menyaman aku? Lalu nota apa ni? Guarauan ke apa ni?" Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca tulisan tangan Yusuf.

"Run,tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak dan isteri yang cantik. Tapi sayang, mereka sudah meninggal dunia, dilanggar pemandu yang tidak mempedulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang, pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga-tiga anaknya. sedangkan anak dan isteriku sudah tiada.
Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Maafkan aku, Run. Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya. Berhati-hatilah ketika memandu, Run." -Yusuf-

Harun terhenyak. Dia segera keluar dari kenderaan mencari Yusuf. Namun Yusuf sudah meniggalkan pos tempat dia bertugas. sepanjang perjalanan pulang, harun memandu perlahan dengan hati tidak keruan sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

******************************
Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita tak lebih dari duka rakan kita. Hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini sangat berharga. Jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment