Assalamualaikum w.b.t...
Entri kali ana ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan 'kecewa'...
Setiap di antara kita pasti pernah terdetik dengan perasaan kecewa,bukan?? Lumrah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Adakalanya sesuatu perkara yang kita harapkan atau inginkan tidak dapat digapai, perasaan kecewa itu akan bertandang ke dalam hati kita tanpa diundang. Pelbagai sebab yang boleh membuatkan kita berasa kecewa. Kecewa dengan kegagalan diri dalam pelajaran,pekerjaan, hatta ada yang merasa kecewa apabila percintaan sesama manusia putus di tengah jalan. Malah, apabila rasa kecewa mula menghurung hati acapkali kewarasan akal tewas dengan perasaan kita. Inilah yang menyebabkan berlakunya peristiwa-peristiwa yang kurang enak akibat dorongan perasaan yang tunduk dengan rasa kecewa tersebut. Justeru itu, bagi mengelakkan kita tersasar dari landasan keimanan seharusnya kita muhasabah dan cuba mencari kaedah yang betul bagi mengatasi rasa kecewa itu.
- Fahami punca masalah.
Fahami betul-betul apa yang menyebabkan anda menjadi kecewa. Selagi anda tidak benar-benar pasti punca yang menyebabkan anda kecewa, pastilah sukar untuk anda mencari jalan keluar dari kekecewaan tersebut. Adalah lebih mudah untuk mengatasi sesuatu perkara yang kita sendiri faham. Oleh itu,setelah betul-betul kita memahami puncanya, maka mudahlah kita untuk cuba mencari jalan keluar dari masalah tersebut.
2. Fahami perasaan anda Perasaan kecewa yang kita alami adalah umpama mimpi. Kadangkala ianya kurang berasas dan tidak bertapak. Oleh itu, kenali benar-benar perasaan kita yang sebenarnya. Cuba hayati tekanan yang kita hadapi itu. Apabila kita mengetahui sifat sebenar perasaan kecewa kita itu, maka barulah mudah untuk kita untuk cuba melakukan sesuatu bagi mengatasinya.
3. Ikhlas dengan perasaan sendiri. Jangan cuba menipu perassan sendiri. Ini kerana kadangkala kita berasa kecewa bukan pada tempatnya. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa kecewa kerana rakannya lebih berjaya dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya dia kecewa kerana rakannya itu juga adalah lebih cantik darinya. Malah kekecewaan kerana kurang cantik itu jauh lebih mengatasi kekecewaan kerana prestasi yang kurang baik dalam peperiksaan. Dalam hal ini,kita sengaja menokok tambah beban kekecewaan itu. Cuba ikhlas dengan perasaan sendiri. Cuba fokuskan punca sebenar kekecewaan. Apabila kita teliti dengan hati yang tenang, mungkin kita akan berasa bahawa punca sebenar kekecewaan itu adalah tidak berasas.
4. Fahami punca-punca kekecewaan Cuba cari punca asas kita berasa kecewa dan cuba fahami keadaan sebenar punca-punca itu. Tanyakan persoalan berikut : Adakah punca-punca itu tidak dapat diatasi? Akan sentiasa berulang? Akan berulang jika tidak melakukan sesuatu? Salah diri sendiri? Dianiaya? Tidak akan berlaku lagi? Bolehkah berlaku lagi atau dielakkan terus?
Setelah memahami punca sebenar kekecewaan, cuba fikirkan sama ada kekecewaan itu boleh disekat daripada berlaku lagi atau tidak. Sekiranya kita dapat membuat kesimpulan bahawa kekecewaan itu mungkin oleh dihindari pada masa-masa akan datang, maka ini bermakna kita masih mempunyai harapan.
Apakah cara untuk mengatasi kekecewaan?
Ini adalah antara ubat kekecewaan. Apabila kita rasa sudah mahu bertindak untuk mengatasi rasa kecewa, kita sebenarnya telah berjaya iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita. Sebaliknya, apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal. Lantaran itu,cuba atasi kekecewaan tersebut. Antaranya adalah :
# Lakukan aktiviti yang lebih berfaedah.
Lupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baru untuk tidak kecewa lagi. Meluahkan perasaan pada orang yang kita percayai.
# Minta nasihat daripada orang lain. Cuba minta nasihat dari orang lain yang kita hormati atau segani. Tidak kira apa nasihatnya, namun kesediaan orang lain memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.
# Jangan manjakan perasaan.
Jangan terlalu terikut-ikut dan dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat,memang akan semakin menjadi. Oleh itu, janganlah dilayani perasaan kecewa itu sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu. Cuba lakukan aktiviti lain yang dapat mengalihkan pemikiran anda dari masalah yang menimbulkan rasa kecewa itu. Bercampur dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti luaran yang lain. Secara beransur-ansur, kita akan dapat melupakan rasa kecewa itu. Walaupun adakalanya kita akan kembali memikirkannya apabila berseorangan, namun tahap kekecewaan itu pasti akan berkurangan.
# Luahkan perasaan, jangan disimpan.
Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan ini perlu diluahkan. Kajian sains menunjukkan perasaan tekanan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Oleh itu, perasaan tersebut haruslah diluahkan. Lain orang, lain caranya mereka meluahkan perasaan. Ada yang akan menangis, ada yang menjerit sekuat hati, ada juga yang mencoretkan rasa hati dalam diari kesayangan. Walau apa pun yang dilakukan, rasa kecewa itu akan berkurangan setelah diluahkan. Sebagai seorang muslim, cara terbaik untuk kita melepaskan segala rasa kecewa itu adalah dengan berdoa dan bermohon pada Allah. Luahkan segala rasa hati pada-Nya dan mohonlah petunjuk agar diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kekcewaan itu.
# Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan
Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang menguasai diri kita mula diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata. Malah kalau anda beruntung, anda tidak perlu mencari jalan untuk mengatasinya lagi kerana pemikiran rasional anda telah mengatasi rasa kecewa itu.
# Tiada jalan pendek atasi kekecewaan.
Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu anda perlu faham bahawa jalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil. Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan! Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal.
# Bertawakal.
Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya. Nabi Muhammad s’a.w memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal. Ini bermakna jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya.
# Tanam keyakinan diri.
Kekecewaan sering timbul dan berlarutan apabila kira kurang mempunyai keyakinan diri. Apabila kita kalah misalnya, kurang keyakinan diri menyebabkan kita rasa yang kita akan sentiasa kalah lagi. Ini menyebabkan kekecewaan kita sentiasa meningkat walaupun puncanya adalah satu sebab.

*******************************************
Wallahua'lam
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment