Thursday, December 30, 2010
AnTaRA 2 HaTi...
RAJIN :
# Orang yang rajin disangka tak ikhlas.
Hati yang dengki berkata, "Dia cuma ingin tarik perhatian tuan pengurus!"
Hati yang baik berkata, "Bagus, Aku ingin mencontohinya."
REHAT :
# Orang yang berehat disangka malas.
Hati yang buruk sangka berkata, "Dia memang begitu, suka curi tulang!"
Hati yang baik berkata, "Kasihan dia. Penat agaknya."
BELI :
# Orang yang membeli kereta besar disangka ingin menunjuk-nunjuk.
Hati yang dengki berkata, "Menyampah aku, dia ingat di kaya sangat!"
Hati yang baik tertanya-tanya, "Apakah rahsia kejayaannya?"
BERNIAGA :
# Orang yang berniaga disangka tamak.
Hati yang dengki berkata, "Tamak betul, tidak cukupkah dengan apa yang ada!"
Hati yang berkata, "Bagus! Harap-harap nanti dia akan menggunakan kekayaannya ke jalan kebaikan."
DIAM :
# Orang yang diam disangka menyendiri :
Hati yang buruk sangka berkata, "Dia memang tak pandai bergaul dengan orang lain."
Hati yang baik berkata, " Mmm...apa kata jika aku pergi berbual dengannya."
CANTIK :
# Orang yang cantik disangka sombong.
Hati yang dengki berkata, "Mesti sombong, semua orang cantik pasti begitu!"
Hati yang baik berkata, "Orang yang cantik tidak semestinya sombong."
BAIK :
# Orang yang baik disangka mempunyai niat tersembunyi.
Hati yang dengki berkata, "Mesti ada sebab...kalau tak,kenapa tiba-tiba dia buat baik dengan aku?"
Hati yang baik berkata, "Alhamdulillah, sikap seperti ini yang perlu ada pada setiap orang."
DERMA :
# Orang yang menderma disangka ingin menunjuk-nunjuk.
Hati yang dengki berkata, "Dia ingat dia seorang sahaja boleh derma? Aku pun boleh!"
Hati yang baik berkata, "Alhamdulillah, semoga sikapnya dicontohi orang lain."
Anaz Amira
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment