Wednesday, December 30, 2009

Kenangan Terindah...

Assalamualaikum w.b.t...

hmmm...cepat betul masa berlalu...sedar x sedar kita semakin menjengah tahun 2010. Diam x diam juga hari ni dah masuk 13 Muharram 1431 Hijrah. sudah hampir setengah bulan! rasanya seperti baru je menyambut awal Muharram. Subhanallah, begitulah pantasnya masa berjalan. Hakikatnya, semakin kita memasuki tahun baru semakin tualah usia kita. Dan ini bermakna semakin hampir diri kita ini kepada kematian.Selama itu juga,diri ini tersedar dan tertanya apakah perubahan yang telah dilakukan? Adakah segala amalan yang dibuat semakin bertambah dari dahulunya, atau berkurang,atau masih di takuk lama? apakah diri ini sudah melakukan penghijrahan dalam hidup? Ya Allah, hamba-Mu ini terlalu banyak kelemahannya. Berilah daku petunjuk-Mu Ya Allah dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.
Hari ini masuk hari ketiga ana berada di kampus, memulakan kembali kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Selepas ini, rutin kehidupan ana akan kembali padat dengan kuliah, assignment,tugas kelab dan sebagainya. huh,begitulah rutin dalam perjalanan hari-hari ana di sini. Namun,bukanlah kisah kehidupan ana di sini yang ingin dicoretkan. Tetapi cuma luahan rasa rindu ana pada anak-anak buah ana di Visi Cemerlang...hukhukhuk...
Kembalinya ana ke sini, meninggalkan sejuta kenangan ketika berada di Tadika Visi Cemerlang. Selama sebulan bercuti, alhamdulillah dapat ana gunakan peluang itu untuk mencari sedikit ilmu dan pengalaman. Pada mulanya, ana hanya diberi tugas pada bahagian admin. tapi ntah macam mana disuruh mengajar murid persediaan ke tahun 1. huu...terkedu juga ana waktu tu. Jadi,dengan lesson plan yang dibuat last minute berjalan juga lah kelas ana selama 4 jam tu. Cabrannya? Ya Allah...bukan senang juga nk kawal budak2 tu. walaupun dah nak masuk tahun 1, tp mereka masih kanak2.memang kene banyak sabar.hehe...Irfan Hadif, ni la budak yang paling 'aktif' sekali dalam kelas tu. disuruh duduk,dia berdiri.disuruh diam,dia bercakap.adoiiyaii...

Afiq, salah sorang anak buah ana..=)

Kelas sampai pukul 12. Bila loceng tamat kelas berbunyi, riuh rendahlah tadika tu dengan suara2 mereka. Bagi yang separuh hari, mereka akan tunggu kehadiran ayah atau mak yang akan mengambil mereka pulang. Bagi yang sampai petang pula,mulalah sesi baru dengan menyediakan makan tengah hari mereka, mandikan dan solat zohor berjemaah. lepas tu mereka akan mulakan kelas tambahan mereka. ha,waktu ni pula budak yang berumur 3,4 dan 5 tahun akan diasingkan dengan 6 dan 7 tahun. Lepas diberi susu,tidurlah mereka..hehe

Si comel Hannah


Irfan yang pintar

Pada waktu petang ni pula, barulah ana melakukan kerja2 di bahagian admin. Menyediakan modul untuk sesi pembelajaran tahun depan, membuat bahan2 atau alat bantu mengajar dan mengemas kini data2 murid baru. Alhamdulillah,ana bersyukur sangat kerana diberi peluang ni. Sungguh,segala yang ana dapat di sana terlalu berharga buat ana dan menjadi panduan bagi ana yang insyaAllah akan menjadi seorang guru nanti. Inilah kenangan terindah ana yang tak dapat ana lupakan. Buat Pn. Nazira, Kak Hasny, Kak ayu, Kak Tasya dan Kak aziah, syukran di atas segala jasa kalian yang sudi memberi tunjuk ajar dan bantuan selama ana di sana. Didoakan semoga kalian dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam memberi ilmu kepada mereka semua. Dan buat semua adik2 yang comel di sana, semoga kalian dapat menjadi anak yang soleh solehah, dan menjadi pewaris generasi ummah yang terbilang.InsyaAllah...=)

kak Tasya & Danish. mcm anak beranak je kan?







Saturday, December 26, 2009

When I Am Wrong...

When I am wrong
Give me a chance
To learn from my mistake
Give me a chance
To go forward again
When I am wrong
I know I may make you angry
But please...please don't scold me
Please don't regard me as an enemy
Please try to fraternize with me
When I have done wrong
I hope somebody will forgive me
Somebody will guide me
Somebody will inspire me
I believe I can learn from my mistakes
I believe I can forge on
So please...try to understand me
When I am wrong
I need Your love, guidance, and motivation
This my plea
My fervent prayer...

Sahabat...

SAHABAT...begitulah gelaran bagi mereka yang kita anggap sebagai insan yang akan bersama kita di kala susah dan senang. Setiap manusia di dunia ini memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Selain daripada keluarga, sahabatlah antara insan yang rapat dengan kita,dan adakalanya sahabta lebih mengetahui rahsia hati kita daripada keluarga sendiri. Mungkin kerana sahabat merupakan mereka yang seusia dengan kita,yang lebih memahami jiwa kita dek kerana rentak dan gelodak jiwa yang sama. Namun, tidak semua sahabat yang kita anggap benar2 seorang sahabat yang sejati. Jika tersalah pilih,sahabat boleh menjadi gunting dalam lipatan yang bisa menghiris dan merobek sebuah nama persahabatan itu.
Di sini,ana selitkan beberapa jenis sahabat yang boleh kita renungi bersama dalam mencari dan juga menjadi seorang sahabat dalam erti kata yang sebenar. Sekadar perkongsian...
  • Sahabat pengampu

Dia setuju dengan semua yang kita lakukan,dalam segala hal sama ada betul atau salah. Dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran. Di hadapanmu dia memuji, di belakang dia merendah diri.

  • Sahabat hipokrit

Bersahabat dek kerana hal-hal lampau atau hal-hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu dia menyatakan ketidaksanggupannya.

  • Sahabat pemboros dan suka hiburan

Dia menjadi kawan jika kamu suka pesta, suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan. Kerana itu juga kamu akan terjebak dalam segala anasir yang tak pernah dilihat dan dialami. Arak,dadah,rokok,ganja,maksiat dan sebagainya mula menguasai diri.

  • Sahabat yang tamak

Sifat tamak sentiasa ada. Dia tamakkan segalanya. Dia hanya meminta dan memberi dan dia hanya mementingkan diri sendiri tatkala apa yang ada, hanya dia sahaja yang hendakkanya. Dan kamu,dibiarkan sahaja.

  • Sahabat panas baran

Tahap kemarahan berbeza menurut keadaan,tapi yang pasti perasaan amarah kerap menguasai diri. Kamu sendiri tidak akan tahu sebabnya, tetapi kamu akan merasai lantaran menjadi objek barannya.

  • Sahabat ikut sahabat

Generasi muda kini lebih cenderung dengan aktiviti sosial mereka. Lihat sajalah di pusat-pusat membeli-belah, baik lelaki mahupun perempuan bertebaran di sana sini. Ikut sahabat yang mempunyai pemikiran yang cetek menyebabkan kamu akan terjerumus ke dalam dunia mereka yang tiada hala tuju. Yang pasti,kamu akan binasa.

  • Sahabat pemimpin

Dia memimpin kamu ke jalan yang benar. Dia akan membantu kamu menikmati kejayaan demi kejayaan. Dia juga sentiasa memberi tunjuk ajar dalam pelajaran mahu pun masalah-masalah lain. Kamu harus menghargainya. Jika tidak,tiadalah kawan yang akan mendampingimu.

  • Sahabat susah dan senang

Susah dan senang dia akan lalui bersama. Walaupun payah menempuh, dengan yakin dia menyatakan tiada apa yang mustahil. Kamu harus mengambil iktibar, jadikanlah sebagai petunjuk dan pedoman.

Sahabat senang dicari tetapi kebaikan yang ada sukar diteliti. Berhati-hatilah memilih sahabat, tetapi jangan terlampau memilih sehingga tidak ada yang sanggup berkawan. Kerana kita mereka bahagia, kerana mereka kita dibinasa..wallahua'lam

Wednesday, December 23, 2009

Cinta Allah

Cinta kepada Allah merupakan perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir. Kesempurnaan seorang manusia itu terletak dalam cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia seluruhnya. Andainya tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Sabda Nabi ;
" Belum sempurna iman seseorang itu hingga ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain"
Selain itu,terdapat juga satu doa yang telah diajar oleh Nabi kepada sahabatnya;
"Ya Allah,kurniakanlah kepadaku cinta terhadap-Mu dan cinta kepada mereka yang mencintai-Mu, dan apa-apa saja yang membawa aku hampir kepada cinta-Mu. Dan jadikanlah cinta-Mu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."
Demikianlah indahnya cinta Allah, yang seharusnya wujud dan tertanam dalam hati setiap hamba-Nya. Tidak dapat dinafikan, setiap makhluk di dunia mempunyai rasa cinta mencintai dalam hati mereka. Cinta dapatlah ditakrifkan sebagai kecenderungan kepada sesuatu yang seronok dan nyaman. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan lima pancaindera kita yang setiap satunya mencintai apa yang memberi keseronokan atau kepuasan. Mata cinta kepada benda yang indah, telinga cinta kepada bunyi yang merdu dan sebagainya. Namun, terdapat deria yang keenam atau keupayaan pandangan yang letaknya di dalam hati. Melalui inilah kita mengenal keindahan dan keagungan kerohanian.
Orang yang memandang atau meletakkan cinta itu pada yang zahir akan mengatakan kecantikan itu terletak pada keindahan rupa bentuk yang dilihat pada mata kasarnya. Hakikat sebenarnya orang sebegini buta kepada kecantikan akhlak dan keperibadian yang hakikatnya lebih indah daripada kecantikan zahir. Apabila kita gunakan perinsip ini terhadap cinta kepada Allah, maka kita akan dapati bahawa Dia sajalah sepatutnya kita Cinta. Mereka yang tidak Mencintai Allah itu ialah kerana mereka tidak Mengenal Allah itu. Apa sahaja yang kita cinta kepada seseorang itu, kita cintai kerana itu adalah bayangan Allah. Kerana inilah kita cinta kepada Muhammad (S.W.T.) kerana baginda adalah Rasul dan kekasih Allah; dan cinta kepada orang-orang alim dan orang-orang warak itu adalah sebenarnya cinta kepada Allah.
Antara sebab yang boleh menyemarakkan cinta :
  1. Seseorang itu menyempurnakan cintanya terhadap diri sendiri dan secara langsung menuju kepada cinta Allah.
  2. Manusia itu cinta kepada orang yang menolong dan memberi kurniaan kepada dirinya. Maka,hakikatnya yang memberi pertolongan serta apa sahaja niat serta keinginan yang baik adalah daripada Allah SWT.
  3. Cinta yang ditimbulkan dengan cara renungan atau tafakur tentang sifat-sifat Allah, kuasa dan kebijaksanaannya.
  4. Cinta merupakan perkaitan rapat antara manusia dengan Tuhan, yang dimaksudkan oleh nabi dalam sabdanya,

" Sesungguhnya Allah jadikan manusia menurut bayangan-Nya."

Firman Allah kepada Nabi Daud ;

" Hamba yang paling aku cintai ialah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takut akan hukum-Ku atau hendakkan kurniaan-Ku, tetapi adalah semata-mata Aku ini Tuhan."

Sama-samalah kita meluaskan rasa cinta kita kepada telah mencipta kita dengan segala kesempurnaan. Sesungguhnya, cintaku ini hanyalah untuk-Mu, Ya Allah...

Tuesday, December 15, 2009

Bentengi Iman dengan 5 kekuatan...

Sebutir biji benih yang disemai dan diharapkan tumbuh membesar dan berbuah mestilah dipagari daripada serangan musuh yang mampu merosakkan semaian. Begitulah diibaratkan iman kita. Setelah berusaha mencari dan menyuburkannya, haruslah kita mengawal dan membentenginya daripada serangan dan anasir-anasir yang boleh merosakkannya. Tanpa pagar atau benteng yang kukuh, iman pastinya terancam daripada musuh iaitu nafsu dan syaitan. Menurut Imam As-Syafie, iman haruslah dibentengi dengan 5 kekuatan :
  1. Yakin

Benteng yang terpenting dalam menjamin sahnya iman individu tersebut. Dalam hal ini, perkara yang perlu diyakini adalah rukun iman yang enam dan segala yang berkaitan dengannya. tiada keyakinan terhadap satu perkara boleh merosakkan iman. Oleh itu, kita perlu berusaha dalam menyuburkan keyakinan diri melalui ilmu pengetahuan khusunya ilmi tauhid dan belajar melawan keraguan yang boleh menggoyahkan keyakinan kita.

2. Ikhlas

Ikhlas menjadi penentu dalam penerimaan amalan kita oleh Allah SWT. Apabila kita ikhlas, Allah akan menerima segala amalan yang dilakukan. Ikhlas adalah meniatkan sesuatu yang dilakukan ataupun ditinggalkan kerana Allah. Hakikatnya, ikhlas adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Namun,Islam membuat garis panduan bagi mengukur hati dan membentuk diri supaya benar-benar ikhlas. Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah. Pandangan dan pujian manusia tidak diendahkan sama sekali. Itulah tanda ikhlas

3. Mengerjakan amalan sunat

Amalan sunat seperti solat sunat, membaca Al-Quran dan bersedekah hendaklah diamalkan bagi menguatkan iman. Amalan sunat ini dapat mengemaskan dan melengkapkan amalan wajib yang dilakukan. Dalam melaksanakannya,perlu diingat janganlah mengabaikan dan melalaikan amalan wajib yang dilakukan sebagai seorang muslim.

4. Istiqamah beramal

Beristiqamah atau sikap tetap beramal perlu ada dalam diri individu bagi mengawal imannya daripada dicemari oleh musuh-musuh iman. Perkara penting dalam beramal adalah mengekalkan amalan itu yakni istiqamah walaupun sedikit. Sabda Nabi, "sebaik-baik amalan itu adalah amalan yang kekal walaupun sedikit."

Dalam hadis Qudsi, Allah menyatakan, "Hai hambaku, mengapa kamu berasa jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala kepadamu." Juteru, banyakkanlah melakukan amal ibadah walaupun sedikit kerana kita tidak tahu amalan yang mana dinilai oleh Allah.

5. Disiplin

Dalam beribadah, tatasusila serta tertib haruslah dijaga kerana itu merupakan adab melakukan ibadah kepada Allah. Perkara ini harus diberi perhatian dan diambil berat keran ulama tasawwuf sepakat mengatakan, " Yang banyak menjauhkan hamba itu daripada Allah bukan kerana tidak cukupnya ilmu dan amal, tetapi kerana kurangnya adab dalam melaksanakannya."

wallahua'lam

Saturday, December 12, 2009

Munajat Seorang Hamba

Di kala malam sunyi sepi
Banyak insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadapmu oh Tuhan
Lemah lututku berdiri
Dihadapan-Mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaran-Mu
Tuhan...
Hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Di kala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri dalam wahyu
Yang Engkau nuzul
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkanku
Dari segala dosa yang kulakukan
Ampunan-Mu Tuhan lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu...Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana...
Terimalah...Ya Allah...

Ciri-ciri Taqwa...

  1. Ingat dua perkara
  • Kebaikan orang kepada kita. Lebih-lebih lagi kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak ternilai harganya.
  • Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa diingati dan hendaklah kita memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Yang lebih perlu kita ingat, dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah.

2. Lupa dua perkara :

  • Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang.
  • Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau mala petaka yang Allah timpakan kepada kita.

Sunday, December 6, 2009

Lelaki & Wanita yang Cantik...

  • Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukanlah dilihat pada rupa fizikal,tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. Lelaki yang baik sangka
  6. Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W merupakan kecantikan sempurna seorang lelaki...

  • Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan terletak pada kepejalan otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah :-

  1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan wanita terletak di atas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina Khadijah adalah kegagahan sempurna seorang wanita.

Sekadar renungan dan perkongsian kita bersama. Sama-samalah kita muhasabah diri dalam mencari keredhaan Allah. Sememangnya sukar bagi kita untuk menjadi sempurna seperti sempurnanya Nabi Muhammad mahupun Khadijah. Namun seharusnya kita berusaha dan berikhtiar memperbaiki serta meningkatkan prestasi diri ke arah kebaikan demi mencari rahmat dan kebahagiaan hidup dunia & akhirat. Seperti firman Allah, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia berusaha mengubah nasibnya dirinya.

Akhir kalam, istiqamahlah dalam setiap amalan kebaikan dan perubahan yang dilakukan, carilah dan rebutlah peluang hidup yang telah diberikan kepada kita dengan amalan-amalan kebaikan dan kebajikan yang bisa membawa kita ke jalan Allah. Moga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan dan keredhaan Allah s.w.t insyaAllah...


Thursday, December 3, 2009

Pendelik Cinta

Pemelahu getas berdarah
Melar dendam yang memancar
Laungan sayu
Di manakah nyawa
Berlumangkan sangsi lalu
Penyesalan, kebencian
Gusar bergenta
Akulah pendelik cinta
Lasa pada kata setia
Raupan harapan
Ku rawakkan dalam kegelapan
Dalam diam jeritan kubisikkan bertalu-talu
Ku rayu dalam raungan belasku ditangkis lalu
Akulah pendelik cinta
Lasa pada kata setia
Raupan harapan
Kurawakkan dalam kegelapan
Melar dendam yang memancar
Laungan sayu
Di manakah nyawa...
Song by waheeda