Saturday, December 26, 2009

Sahabat...

SAHABAT...begitulah gelaran bagi mereka yang kita anggap sebagai insan yang akan bersama kita di kala susah dan senang. Setiap manusia di dunia ini memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Selain daripada keluarga, sahabatlah antara insan yang rapat dengan kita,dan adakalanya sahabta lebih mengetahui rahsia hati kita daripada keluarga sendiri. Mungkin kerana sahabat merupakan mereka yang seusia dengan kita,yang lebih memahami jiwa kita dek kerana rentak dan gelodak jiwa yang sama. Namun, tidak semua sahabat yang kita anggap benar2 seorang sahabat yang sejati. Jika tersalah pilih,sahabat boleh menjadi gunting dalam lipatan yang bisa menghiris dan merobek sebuah nama persahabatan itu.
Di sini,ana selitkan beberapa jenis sahabat yang boleh kita renungi bersama dalam mencari dan juga menjadi seorang sahabat dalam erti kata yang sebenar. Sekadar perkongsian...
  • Sahabat pengampu

Dia setuju dengan semua yang kita lakukan,dalam segala hal sama ada betul atau salah. Dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran. Di hadapanmu dia memuji, di belakang dia merendah diri.

  • Sahabat hipokrit

Bersahabat dek kerana hal-hal lampau atau hal-hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu dia menyatakan ketidaksanggupannya.

  • Sahabat pemboros dan suka hiburan

Dia menjadi kawan jika kamu suka pesta, suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan. Kerana itu juga kamu akan terjebak dalam segala anasir yang tak pernah dilihat dan dialami. Arak,dadah,rokok,ganja,maksiat dan sebagainya mula menguasai diri.

  • Sahabat yang tamak

Sifat tamak sentiasa ada. Dia tamakkan segalanya. Dia hanya meminta dan memberi dan dia hanya mementingkan diri sendiri tatkala apa yang ada, hanya dia sahaja yang hendakkanya. Dan kamu,dibiarkan sahaja.

  • Sahabat panas baran

Tahap kemarahan berbeza menurut keadaan,tapi yang pasti perasaan amarah kerap menguasai diri. Kamu sendiri tidak akan tahu sebabnya, tetapi kamu akan merasai lantaran menjadi objek barannya.

  • Sahabat ikut sahabat

Generasi muda kini lebih cenderung dengan aktiviti sosial mereka. Lihat sajalah di pusat-pusat membeli-belah, baik lelaki mahupun perempuan bertebaran di sana sini. Ikut sahabat yang mempunyai pemikiran yang cetek menyebabkan kamu akan terjerumus ke dalam dunia mereka yang tiada hala tuju. Yang pasti,kamu akan binasa.

  • Sahabat pemimpin

Dia memimpin kamu ke jalan yang benar. Dia akan membantu kamu menikmati kejayaan demi kejayaan. Dia juga sentiasa memberi tunjuk ajar dalam pelajaran mahu pun masalah-masalah lain. Kamu harus menghargainya. Jika tidak,tiadalah kawan yang akan mendampingimu.

  • Sahabat susah dan senang

Susah dan senang dia akan lalui bersama. Walaupun payah menempuh, dengan yakin dia menyatakan tiada apa yang mustahil. Kamu harus mengambil iktibar, jadikanlah sebagai petunjuk dan pedoman.

Sahabat senang dicari tetapi kebaikan yang ada sukar diteliti. Berhati-hatilah memilih sahabat, tetapi jangan terlampau memilih sehingga tidak ada yang sanggup berkawan. Kerana kita mereka bahagia, kerana mereka kita dibinasa..wallahua'lam

No comments:

Post a Comment