Thursday, November 12, 2009

Selamat Hari Lahir!!!




assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... syukur ana masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati kehidupan di dunia pada hari ini. 8 hari sebelum paper exam terakhir, dapatlah ana meluangkan sedikit masa menekan keypad2 laptop mencoret seuntai kata...

18 november...satu tarikh yang bernilai pada ana tahun ini. Selain daripada ana akan mengharungi paper terakhir pada hari itu, adik kesayangan ana akan mula memulakan perjuangannya dalam SPM. Kakak doakan dikau berjaya dengan cemerlang. Yang penting, usaha dan tawakkal kpd Allah s.w.t. 18 Nov ini juga merupakan tarikh lahir insan yang amat ana sayangi. Seorang insan yang telah banyak melakukan pengorbanan untuk ana dan keluarga demi memperoleh kehidupan yang baik, yang telah memberi didikan yang baik kepada kami sehingga kami berada di tahap ini. Dialah insan yang bernama AYAH.

Andai ingin ditulis di sini,terlalu banyak jasa dan pengorbanan ayah kepada kami adik beradik, yang tidak terbalas oleh kami walau dengan wang ringgit sekali pun. Ayah, ucapan terima kasih kutitipkan atas segala jasamu mendidik kami, melengkapkan diri kami dengan didikan agama, membantu kami mencapai kejayaan di dunia serta tidak jemu melayan kerenah kami yang selalu memeningkan kepalamu. Ayah, SELAMAT HARI LAHIR diucapkan, luhur dari hati anakmu ini. Semoga ayah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah.

Di sini juga, ana ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada semua sahabat2 ana yang menyambut hari jadi dalam bulan November ini. Bulan ni ramai betul sahabat ana menyambut hari jadi. kalau beli hadiah, memang kering la poket ana bulan ini,hehe...tapi ana xkisah. Berapa sangatlah nilai hadiah tu jika nak dibandingkan dengan nilai sebuah persahabaan itu,kan?? Bulan ini juga bermakna bagi ana kerana tanggal 15 Nov, jika panjang umur ana genaplah 21 tahun pada hari itu. InsyaAllah.. Apa yang pasti, semakin meningkat usia kita sebenarnya semakin singkat hidup kita di dunia ini. Oleh itu, gunakanlah umur yang telah diamanahkan oleh Allah ini dengan sebaiknya. Sabda Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh imam al-Hakim, dari Jabir r.a : "Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya, serta baik amalannya"

Kepada sahabat2ku, SELAMAT HARI JADI!!

Sha & Izwan -13 Nov
Hana& Taufik -14 Nov
Miera -15 Nov
Fitri -16 Nov
Ayah -18 Nov
Mus,Zafi&Yan - 25 Nov
Farah -26 Nov
NOVEMBER
banyak idea dalam sesuatu perkara...perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah...otak dan pemikiran yang sangat tajam...cara berfikir lain dari orang lain...berfikiran kehadapan, unik, dan bijak...banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra...penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa...sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya...sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia...amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia...daya firasat sangat halus dan tinggi...bagus sebagai doktor...cermat dan teliti...personaliti dinamik...tidak hargai pujian...bercita-cita tinggi...terlalu degil dan keras hati...apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya...sangat rajin dan berkemampuan tinggi...kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak...pandai mendorong diri sendiri...berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran...mudah ambil berat terhadap orang lain...tak suka marah kecuali tergugat...pandai muhasabah diri...romantik...tidak pasti dengan imbangan kasih sayang...suka duduk di rumah...tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi...^_^




4 comments:

  1. zati, love u. thanks coz xlupe kt org. hehe

    ReplyDelete
  2. salam bicara.

    untuk berjaya dalam apa jua bidang, anda perlu ada keyakinan diri, sentiasa belajar, dan berdoa pada Ilahi.

    Sebut pasal cinta, cinta pada Ilahi adalah cinta yang pasti. Justeru carilah kejayaan dan ketenangan hati.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete
  3. hana:same2...seorang sahabat yg baik sukar utk dilupakan..smoga p'shbtn kite b'pnjngn dn sntiasa dlm redha n tahmat Allah..^_^

    bicara wahyu:salam kenal..syukran ats nsihat n pesanan anta tu.InsyaAllah,ana akn sentiasa meningkatkan keyakinan & berusaha m'perbaiki diri ke arah yg diredhai Allah.doa ana smoga ana sntiasa diperingtkn dan diberi ketetapan hati pd cinta yang hakiki.smoga hati ini tetap dlm rasa kecintaan pada-Nya...wallahua'lam...

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir utk ayahmu, semuga panjang umur. salam ziarah.

    ReplyDelete