Sunday, November 8, 2009

Haji dan Umrah bukan kerana Allah...


assalamualaikum w.b.t...

Sudah lama juga rasanya ana tinggalkan laman blog ini...bukan menyepi, namun hanya sempat meluangkan masa yang singkat sahaja melawat blog sndiri dan rakan2 yang lain. Final exam sedang melanda sekarang..kire study la...hehe...



Sedar tak sedar,kita sekarang sudah berada di penghujung bulan Zulkaedah. bermakna Zulhijjah bakal menjelang. Sebagai umat Islam, pasti kita ketahui bulan Zulhijjah bulan umat2 Islam menunaikan rukun Islam yang kelima di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah..Di dada2 akhbar dan juga di kaca TV kini hampir setiap hari kita disajikan dengan maklumat jemaah2 haji yang kini telah berada di Mekah.Sebak di dada ana melihat lautan umat manusia memenuhi Masjidil Haram..terdetik di dalam hati,bilakah diri ini berpeluang menjejakkan kaki ke sana melakukan ibadah haji.insyaAllah bila sampai seru-Nya.itulah doa ana...



Untuk itu,di sini ana ingin berkongsi sedikit maklumat yang mugkin boleh menjadi panduan dan iktibar kita bersama dalam mengejar haji yang mabrur...



عن أنس بزمالك رضي الله عنه قال

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم يأتي علي الناس زمان يحخ أغنيأء أمتي للنزهة وأوساطهم للتحارة وقراؤهم للرياءوالسمعة وفقراؤهم للمسألة



Ertinya:Daripada Anas bin Malik r.a berkata,telah bersabda Rasulullah s.a.w : Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berniaga,dan para ulama kerana riak dan sum'ah manakala orang yang fakir pula mengerjakan haji sambil meminta-minta -H.R Ibnul Jauzi-


Di akhir zaman ini, mungkin tanpa kita sedar berlaku keadaan seperti yang telah diriwayatkan. Tujuan kita mengerjakan ibadat Haji itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Setiap daripada kita yang berpeluang mengerjakannya seharusnya membetulkan niat dan tujuan kita yang sebenarnya. Bukanlah tidak boleh kita berbelanja di sana,namun janganlah hal itu dijadikan niat ataupun tujuan kita setelah sampai di sana. istiqamahkan hati kita daripada menyeleweng. Apabila berbelanja juga janganlah sampai ke tahap yang berlebih-lebihan..


Dalam hal seperti ini, Abdullah bin Mas'ud pernah berkata : Di akhir zaman nanti banyak orang yang kaya raya pergi ke Mekah tanpa suatu sebab (tujuan syarie). Perjalanan mereka ke sana menjadi mudah sekali dan rezekipun melimpah ruah. Malangnya mereka kembali dari Mekah dengan tangan kosong. Tidak ada pahala atau ganjaran yang mereka dapatkan..


Diharap kita dapat muhasabah diri kita dan mengambil iktibar dari apa yang telah dijelaskan. andai satu hari kita telah diseru oleh Allah dan dapat mengerjakan ibadat haji, beringatlah bahawa tujuan kita adalah untuk mencapai keredhaan Allah. Gunakan peluan yang ada sebaik-baiknya. Bagi semua jemaah haji yang sedang menunaikan rukun Islam kelima ini, moga sentiasa diberi kesihatan yang baik, selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur..wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment