Monday, March 19, 2012

Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali R.A




Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada tiga tanda2nya :

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada tiga tanda2nya :

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada tiga tanda2nya :

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada tiga tanda2nya :

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT

Semoga dapat menjadi renungan dan panduan kepada kita dalam memperbaiki amalan, mempertingkat ibadah dan mengukuhkan keimanan kita kepada Allah SWT... Wallahua'lam...

***************************************

Wednesday, January 25, 2012

Syahadah Rindu...

Diriku yang sepi,
menggapai secebis mimpi,
mencari yang sejati,
mengharap dan menanti.
Bilakah kau akan tiba?
Muncul dalam peta minda,
yang kerdil tapi setia,
yang pasrah dalam jiwa.

Engkaukah pengubat sepi,
dalam rona dan buih kasih,
mengikat dalam sanubari,
merawat luka yang pedih.
Hadirlah engkau segera,
tatkala senja belum berlabuh,
mengubat hati yang lara,
penawar jiwa dan penyembuh.

kaki ini terus bertapak,
tangan yang kurus dapat bergerak,
Ayuh luruskan baris menegak,
sebelum takbir sama dirafak.

Wahai iman penuhi dada,
dalam rintihan pada yang Esa,
insan kerdil menadah tangan,
memohon barakah seribu ampunan,
bacalah, fahamilah, hayatilah,
surah tersirat makna yang sarat,
keyakinan diri usah ditelah,
khusyuk menunduk hati yang berat.

Aku yang hina datang berserah,
sujudku lama menghimpit kening,
meraih kasih di atas sejadah,
dalam titisan syahdu dan bening.

Tuhanku,
perkenankanlah doa hamba-Mu ini,
yang kupanjat dalam munajat.
Apabila makbul pada yang hajat,
tanda terima ia diangkat.

Yang Maha Kuasa,
Kau yang kurindu,
setiap nadi berdenyut terasa,
syukur kutitip dalam kalbu,
musyahadah luhur pada Yang Esa,
daun yang kering keguguran jua,
taubat dihambur menghambat dosa,
biar jasad pergi beriring,
ditemani pahala, amalan yang seiring,
dunia yang fana muncul bernoktah,
diri berserah di alam barzakh.

- Rindu ini padaku seperti tiada penghujungnya... -















Sunday, January 8, 2012

Rumah Kecil...

Assalamualaikum wbt...

Entri yang dititipkan kali ini bukan sekadar renungan... Ianya dari hati ke hati, buat ingatan dan pedoman bersama...


KUBUR setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali...

Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


Aku rumah yang gelap,

maka terangkanlah aku dengan bersolat malam.


Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu,

bawalah amal soleh kamu yang akan menjadi hamparan.


Aku rumah ular berbisa,

maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,

maka banyakkanlah bacaan 'La ila ha illallah, Muhammadur Rasulullah' supaya kamu dapat menjawab pertanyaannya.




***********************************************

Lima jenis RACUN & lima PENAWARNYA...

Dunia itu racun

zuhud itu ubatnya

Harta itu racun

Zakat itu ubatnya

Perkataan yang sia-sia itu racun
Zikir itu ubatnya

Seluruh umur itu racun
Taat itu ubatnya


Seluruh tahun itu racun
Ramadhan itu ubatnya


**************************************

Thursday, November 17, 2011

SeJeRNiH AiR...

Assalamualaikum wbt...

Sekadar perkongsian buat kita bersama...



* Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.


* Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,

fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk makanan.


* Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.


* Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.


* Sebelum kamu mengeluh tentang pasangan hidupmu,

fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


* Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,

fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

* Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,

fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi tidak mampu
melahirkan.

* Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang tidak cantik atau mewah,

fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.


* Disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan.

* Sebelum kamu menuding jari menyalahkan orang lain,

fikirkan bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.


* Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,

tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup.


" Bersyukurlah kepada-Ku, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku. Namun barangsiapa yang ingkar, sesungguhnya azab-Ku amat pedih."


************************

Monday, July 11, 2011

Menangis yang dituntut syariat...


Assalamualaikum w.b.t...

Kata Ahli Hikmah, dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi dengan tangis dan diakhiri dengan tangis.


Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini,menangis adalah dituntut. Setitis air mata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.


Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah daripada tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda : "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur."
Anas r.a berkata : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu Baginda bersabda dalam khutbahnya: "Andainya kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata; Seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh pada zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di akhirat, tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah. orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para nabi dan Rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Akan tetapi, bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.



Menangis dan menangislah, tetapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan dalam agama. Apa akan jadi jika kita gagal di akhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total...! jadi, kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah (Shadujja) bin 'Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w : "Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajipan kepada Allah." (Riwayat at-Tirmizi)

**********************************************