Tuesday, October 27, 2009

Antara Embun dan Mentari...

Embun dan Mentari.


Dinihari yang sunyi dan sepi,
Menjengah lorong alam
Kicauan unggas teman setia
Bersama siulan angin yang gemersik
Kala itu embun menitik
Pada dedaunan yang sedia menadah kasih

Cahaya mentari muncul kini
Derap langkah laluan disusuli
Terik mentari membasahkan keringat
Kering tekak bisa bertahan
Logamaya memancar
Mengerdip mata

Embun dan mentari
Itulah laluan ilmu
Kala dingin menggigit anggota
Kala terik membara jiwa
Dua unsur berbeza
Punya satu rahsia
Lumrah kejadian alam

Embun dan mentari
Bukan sekadar hiasan alam
Ciptaan maha Agung
Penuh dengan silangkata
Belajarlah menyelidiki
Laluan ilmu yang terhampar
Agar dirimu tak rebah
Pada jurang kegagalan.

Monday, October 26, 2009

kemerduan alunan Al-Quran

sekadar ingin berkongsi...

ketika ana mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh si kecil ini,hati ana dihimpit rasa sayu dan syahdu.alangkah merdu alunan bacaan si cilik ini...

Hati ana lantas tercuit,betapa indah jika ana juga dapat mengalunkan bacaan semerdu itu.sungguh kerdil rasanya diri ana.terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.namun,ana bersyukur setidak-tidaknya ana masih diberi perlindungan daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan dan masih dapat membaca Al-Quran dengan baik.insyaAllah,ana berhasrat untuk terus memperbaiki dan mempertingkatkan bacaan ana. Ana juga berdoa agar sentiasa dijauhi daripada perkara yang tidak elok,na'uzubillah...

Doa ana juga pada semua sahabat dan keluarga ana, mga kita sentiasa menjadikan Al-Quran itu sebagai sahabat karib kita. Malah lebih dari itu, Al-Quran adalah pegangan dan menjadi panduan dalam kita melalui liku-liku kehidupan di dunia ini. Bacalah setiap hari walaupun sedikit. Alunkanlah ayat-ayat dan kalimah yang suci itu dengan hati yang ikhlas. Percayalah, dengan membaca Al-Quran berlandaskan keikhlasan dan dengan sepenuh hati, insyaAllah ketenangan akan dapat kita rasai dalam segenap ruang hati kita. kekusutan yang membelenggu diri akan terlerai.

Justeru itu, BACALAH...Kalamullah,kitab suci Al-Quran..wallahu'alam.

Saturday, October 24, 2009

Harapanku...



Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah,Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,Harum wanginya dengan ilmu agama,Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,Bukan perhatian mata ajnabi,Yang menjadi punca fitnah hati,


Ya Allah,Timbulkanlah duri yang memagari diri,Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,Yang akan menghilangkan keharuman sejati,Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,Bukanlah alasan untuk bermuram durja,Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,


Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,Tetap menyinar walau di lumpur hina,Tetap berharga walau dimana saja,Buat ummah dan juga keluarga,Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,Yang menjadi impian setiap muslimah,Yang indahnya bukan untuk lelaki,Tapi permata buat yang bernama suami...


(”,) Amiin (”,)

ImTihan!!!


assalamualaikum w.b.t


pertama kali menulis dlm laman blog ini.sudah lama sebenarnya diri ini ingin membuat blog sendiri. baru sekarang impian tersebut tercapai,alhamdulillah...harap2 dapat la meneruskan laman ini selagi diberi kekuatan dan kemampuan...


menjengah masa yang terus berjalan,kini sampai masanya kita di penghujung perjalanan bagi semester ini. buat sahabat2, sama ada di satu bumbung pengajian ataupun tidak kita akan menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini.daku yakin di kala ini,pelbagai rasa bertamu dan mengocak hati kita,bukan? biasala tu, bile nak exam ni...mcm2 benda nak kita bace,ingat dan faham...x kurang juga yg nak dihafal...


namun,walau ape pn,harapan dan doaku semoga kita sama2 berusaha dengan tekun dan yakin agar dapat mencapai apa yang telah kita tetapkan. yang perlu diingat,usaha dan terus berusaha serta tawakkal kepada Allah mga2 dipermudahkan segala urusan kite,diterangkan dan dibersihkan hati supaya dpt menerima ilmu dengan mudah serta diberi kekuatan agar kita dapat menghadapi imtihan dengan baik hingga akhirnya..


sebelum kata bertemu noktah, xlupa juga buat adik tersayang yang turut akan menghadapi SPM pd thn ini,semoga berjaya mencapai cita2mu...


akhir kalam,bitaufik wannajah 'ala imtihan!!^_^