Thursday, November 26, 2009

" Dan bagi tiap-tiap umat, kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka; iaitu binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua adalah Tuhan yang maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya dan sampaikanlah berita gembira (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat."
Al-Hajj:34

Hati Yang Pulang...

Dalam sepi kumencari,
Suara yang bisa menghiburkan hatiku,
Kini,
Daku pasti,
Suara itu yang dapat melenyapkan,
Segala kecelaruan yang bersarang di benakku,
Itulah suaraMu!
Dalam kegelapan,
Ku mencari cahaya,
Yang bisa membimbing diriku,
Kini,
Diriku bertambah pasti,
Cahaya itu,
Yang mampu menerangi lorong-lorong hatiku,
Itulah cahaya cintaMu.
Dalam kesesatan,
Kumencari jalan pulang,
Jalan yang bisa membawaku ke destinasi cinta yang hakiki,
Agar diri tak rebah,
Hanyut pada jalan kebinasaan,
Kini,
Telah kutemui,
DiriMu yang bisa membawaku,
Pada gerbang cintaMu.
Engkaulah pemilik hatiku!
Ya, daku pasti!
Tidak bisa lagi,
Ku palingkan hati ini,
DariMu...

Sampaikanlah...

Segala puji bagi Allah yang mendidikku,
Dan menghilangkan kebutaan mataku,
Dan yang menunjukkan jalan yang lurus,
Yang memuliakan dan meneguhkan hujahku,
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w,
Sebaik2 makhluk keturunan manusia,
Kepada keluarga,sahabat2nya yang mulia,
Dan orang yang berjalan di jalannya dan mengikutinya.
Ini puisi untuk orang yang berjaya,
Yang memiliki cita-cita setinggi bintang di langit,
Untuk mereka yang memiliki tekad yang kuat,
Daku persembahkan kepadamu,
Wahai saudara-saudaraku.
Wahai orang yang mengharapkan kemuliaan,
Dan berjalan menggapai Firdaus dan keredhaan,
Dengarlah,kusampaikan nasihat dan kerjakanlah ia,
Berusahalah selagi nyawa dikandung badan.
Aku berlindung kepada Allah s.w.t,
Daripada rendahnya cita-cita,
Lemahnya tekad,
Hinanya tujuan,
Buruknya tabiat dan longlainya jiwa,
Semoga Allah sentiasa memberkati umat seIslamku.
Ya Tuhanku,
Sampaikanlah ia kepada mereka...

Saturday, November 21, 2009

Merindukan Allah S.W.T



Cinta...adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu lebih kuat, hal itu dinamakan rindu sehingga seseorang rela menjadi hamba kepada kekasihnya, sanggup mengorbankan segala yang dimiliki demi kekasihnya. Masih ingatkah kita pada kisah Zulaikha ketika teramat mencintai Yusuf as sehingga sampai ke puncak kerinduan? Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya. Dia memiliki emas permata kalung dan leontin serta tujuh puluh unta. Namun, semua itu sanggup dikorbankan demi cintanya kepada Yusuf as...Dia lupa segalanya selain Yusuf kerana kerinduannya yang terlalu dalam. Jika menghadap ke langit, seolah-olah nama 'Yusuf' itu tertulis pada bintang-bintang.

Diceritakan bahawa ketika Zulaikha telah beriman dan telah menjadi isteri Yusuf as, dia suka menjauhi Yusuf. Dia lebih suka menyepi untuk beribadah serta terus beribadah. Ketika Yusuf memanggilnya ke bilik di siang hari, Zulaikha menolak sehingga malam tiba. Apabila Yusuf memanggilnya di malam hari, dia menundanya sampai menjelang siang. Berkata Zulaikha, "Wahai Yusuf, dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali Dia. Kini, setelah aku mengenali-Nya, tiada lagi cinta selain untuk-Nya dan aku tidak perlukan penggantinya..."

Yusuf as kemudian berkata, "Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku untuk demikian dan Dia mengkhabarkan bahawa Dia hendak mengeluarkan dua orang putera dari rahimmu yang keduanya akan Dia jadikan Nabi." Mendengar perkhabaran itu, Zulaikha lantas berkata "Jika Allah memerintahkanmu demikian dan menjadikan aku sebagai 'jalan' untuk itu, maka aku mentaati perintah Allah..." Kemudian dengan suka hati dia melayani Yusuf.




Abu Tawwab telah bersyair menyebutkan tanda seorang Mubib:


Janganlah engkau tertipu.
Seorang kekasih punya tanda.
Punya hadiah untuk kekasihnya.
Pahit bala-Nya dirasa nikmat.
Diterima gembira apa pun yang Dia perbuat.
Tidak diberi pun tidak mengapa.
Kefakiran dianggap penghormatan saja.
Kau lihat keinginannya.
Hanyalah mentaati kekasihnya.
Kau lihat mukanya berseri.
Hanya Dia yang ada di hati.
Dia taat segala ucapan-Nya.



wallahua'lam...

Diolah dprd terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub...

Doa buat sahabat...


DOA UNTUK SAHABATKU…


Bismillah Hirrahmanirrahim..Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat


Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu


Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu


Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..Ameen

Thursday, November 12, 2009

Selamat Hari Lahir!!!




assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... syukur ana masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati kehidupan di dunia pada hari ini. 8 hari sebelum paper exam terakhir, dapatlah ana meluangkan sedikit masa menekan keypad2 laptop mencoret seuntai kata...

18 november...satu tarikh yang bernilai pada ana tahun ini. Selain daripada ana akan mengharungi paper terakhir pada hari itu, adik kesayangan ana akan mula memulakan perjuangannya dalam SPM. Kakak doakan dikau berjaya dengan cemerlang. Yang penting, usaha dan tawakkal kpd Allah s.w.t. 18 Nov ini juga merupakan tarikh lahir insan yang amat ana sayangi. Seorang insan yang telah banyak melakukan pengorbanan untuk ana dan keluarga demi memperoleh kehidupan yang baik, yang telah memberi didikan yang baik kepada kami sehingga kami berada di tahap ini. Dialah insan yang bernama AYAH.

Andai ingin ditulis di sini,terlalu banyak jasa dan pengorbanan ayah kepada kami adik beradik, yang tidak terbalas oleh kami walau dengan wang ringgit sekali pun. Ayah, ucapan terima kasih kutitipkan atas segala jasamu mendidik kami, melengkapkan diri kami dengan didikan agama, membantu kami mencapai kejayaan di dunia serta tidak jemu melayan kerenah kami yang selalu memeningkan kepalamu. Ayah, SELAMAT HARI LAHIR diucapkan, luhur dari hati anakmu ini. Semoga ayah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah.

Di sini juga, ana ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada semua sahabat2 ana yang menyambut hari jadi dalam bulan November ini. Bulan ni ramai betul sahabat ana menyambut hari jadi. kalau beli hadiah, memang kering la poket ana bulan ini,hehe...tapi ana xkisah. Berapa sangatlah nilai hadiah tu jika nak dibandingkan dengan nilai sebuah persahabaan itu,kan?? Bulan ini juga bermakna bagi ana kerana tanggal 15 Nov, jika panjang umur ana genaplah 21 tahun pada hari itu. InsyaAllah.. Apa yang pasti, semakin meningkat usia kita sebenarnya semakin singkat hidup kita di dunia ini. Oleh itu, gunakanlah umur yang telah diamanahkan oleh Allah ini dengan sebaiknya. Sabda Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh imam al-Hakim, dari Jabir r.a : "Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya, serta baik amalannya"

Kepada sahabat2ku, SELAMAT HARI JADI!!

Sha & Izwan -13 Nov
Hana& Taufik -14 Nov
Miera -15 Nov
Fitri -16 Nov
Ayah -18 Nov
Mus,Zafi&Yan - 25 Nov
Farah -26 Nov
NOVEMBER
banyak idea dalam sesuatu perkara...perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah...otak dan pemikiran yang sangat tajam...cara berfikir lain dari orang lain...berfikiran kehadapan, unik, dan bijak...banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra...penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa...sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya...sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia...amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia...daya firasat sangat halus dan tinggi...bagus sebagai doktor...cermat dan teliti...personaliti dinamik...tidak hargai pujian...bercita-cita tinggi...terlalu degil dan keras hati...apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya...sangat rajin dan berkemampuan tinggi...kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak...pandai mendorong diri sendiri...berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran...mudah ambil berat terhadap orang lain...tak suka marah kecuali tergugat...pandai muhasabah diri...romantik...tidak pasti dengan imbangan kasih sayang...suka duduk di rumah...tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi...^_^




Sunday, November 8, 2009

Haji dan Umrah bukan kerana Allah...


assalamualaikum w.b.t...

Sudah lama juga rasanya ana tinggalkan laman blog ini...bukan menyepi, namun hanya sempat meluangkan masa yang singkat sahaja melawat blog sndiri dan rakan2 yang lain. Final exam sedang melanda sekarang..kire study la...hehe...



Sedar tak sedar,kita sekarang sudah berada di penghujung bulan Zulkaedah. bermakna Zulhijjah bakal menjelang. Sebagai umat Islam, pasti kita ketahui bulan Zulhijjah bulan umat2 Islam menunaikan rukun Islam yang kelima di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah..Di dada2 akhbar dan juga di kaca TV kini hampir setiap hari kita disajikan dengan maklumat jemaah2 haji yang kini telah berada di Mekah.Sebak di dada ana melihat lautan umat manusia memenuhi Masjidil Haram..terdetik di dalam hati,bilakah diri ini berpeluang menjejakkan kaki ke sana melakukan ibadah haji.insyaAllah bila sampai seru-Nya.itulah doa ana...



Untuk itu,di sini ana ingin berkongsi sedikit maklumat yang mugkin boleh menjadi panduan dan iktibar kita bersama dalam mengejar haji yang mabrur...



عن أنس بزمالك رضي الله عنه قال

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم يأتي علي الناس زمان يحخ أغنيأء أمتي للنزهة وأوساطهم للتحارة وقراؤهم للرياءوالسمعة وفقراؤهم للمسألة



Ertinya:Daripada Anas bin Malik r.a berkata,telah bersabda Rasulullah s.a.w : Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berniaga,dan para ulama kerana riak dan sum'ah manakala orang yang fakir pula mengerjakan haji sambil meminta-minta -H.R Ibnul Jauzi-


Di akhir zaman ini, mungkin tanpa kita sedar berlaku keadaan seperti yang telah diriwayatkan. Tujuan kita mengerjakan ibadat Haji itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Setiap daripada kita yang berpeluang mengerjakannya seharusnya membetulkan niat dan tujuan kita yang sebenarnya. Bukanlah tidak boleh kita berbelanja di sana,namun janganlah hal itu dijadikan niat ataupun tujuan kita setelah sampai di sana. istiqamahkan hati kita daripada menyeleweng. Apabila berbelanja juga janganlah sampai ke tahap yang berlebih-lebihan..


Dalam hal seperti ini, Abdullah bin Mas'ud pernah berkata : Di akhir zaman nanti banyak orang yang kaya raya pergi ke Mekah tanpa suatu sebab (tujuan syarie). Perjalanan mereka ke sana menjadi mudah sekali dan rezekipun melimpah ruah. Malangnya mereka kembali dari Mekah dengan tangan kosong. Tidak ada pahala atau ganjaran yang mereka dapatkan..


Diharap kita dapat muhasabah diri kita dan mengambil iktibar dari apa yang telah dijelaskan. andai satu hari kita telah diseru oleh Allah dan dapat mengerjakan ibadat haji, beringatlah bahawa tujuan kita adalah untuk mencapai keredhaan Allah. Gunakan peluan yang ada sebaik-baiknya. Bagi semua jemaah haji yang sedang menunaikan rukun Islam kelima ini, moga sentiasa diberi kesihatan yang baik, selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur..wallahua'lam...